Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Tahun Ikat Tali Pertunangan, Pasangan Pengantin Baru Dilapor Maut Sehari Selepas Bergelar Suami Isteri

Gambar: Gulf News

Sepasang pengantin baru di Mesir dilaporkan meninggal dunia sehari selepas majlis perkahwinan mereka di kampung Taha Al Marj di Al Sharqiya Governorate, lapor media tempatan pada Isnin.

Khabar duka yang dikongsikan di platform media sosial itu telah membuatkan orang kampung serta ramai warganet sedih.

Menurut Gulf News, punca kematian pasangan pengantin itu adalah disebabkan kebocoran gas atau lintar pintas.

Pengarah Keselamatan Al Sharqiya telah mengesahkan kejadian itu setelah dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, yang menerima laporan mengenai kematian kedua-dua pengantin baru tersebut.

Mohamed El Sayed Subuh dan isterinya Shaima Ahmed Helal adalah merupakan jurutera dan telah bertunang selama dua tahun sebelum mereka berkeputusan untuk berkahwin.

Jenazah mereka telah dihantar ke bilik mayat Deyarb Najm Central Hospital.

Pejabat Pendakwaan dilaporkan akan mula membuat siasatan terhadap kejadian tersebut.

Sumber: Gulf News