Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak siapa menduga krisis wabak pandemik Covid-19 ini memberi tamparan hebat kepada masyarakat di dunia. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Ada yang lebih sadis lagi diberhentikan kerja.
Namun, dugaan ini menjadi satu cabaran hidup buat seorang insan yang bergelar juruterbang yang sangat berpengalaman sejak 2014 bersama Malaysia Airlines dan kemudian ditugaskan di Oman pada tahun 2018.

Beliau yang dikenali sebagai Senior First Officer Naeem Nassir sudah berpengalaman dalam dunia penerbangan dengan pendapatan yang selesa, kini kerjayanya terpaksa ditukar kepada seorang penjual burger jalanan.
Cerita disebalik Smashed bermula dengan kehilangan pekerjaan sebagai seorang juruterbang. Pengasas Smashed, Naeem Nassir, telah bekerja dengan Malaysia Airlines dari 2014-2018, diikuti dengan Oman Air dari tahun 2018.
Malangnya, pandemik tahun 2020 telah melanda seluruh dunia, menyebabkan kehilangan pendapatan jutaan orang ramai. Naeem telah diberhentikan kerja pada bulan April.
Tanpa membuang masa, Naeem bercadang untuk memulakan perniagaan demi mencari sesuap nasi. Kemahiran memasak burger telah dipelajari dan diasah melalui Youtube dan rancangan memasak di televisyen.
“Teringat keenakan burger di Oman, beliau mengambil keputusan untuk wujudkan Smashed dengan sokongan isteri tercinta.”
Dengan itu, Smashed telah ditubuhkan untuk menjual burger berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada khalayak ramai

Kejayaan seorang lelaki adalah daripada sokongan isteri tercinta. Dengan itu, Smashed telah ditubuhkan untuk menjual burger berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada khalayak ramai.
Jika anda berkesempatan, gerai burger ini dibuka di bersebelahan masjid besar di Bukit Jelutong. Ini antara menu yang ada di kedai tersebut.

Sumber: Naeemnassir