Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ibu bapa di Malaysia hari ini membesar dengan siri animasi seperti Bob the Builder, Higglytown Heroes dan Dora the Explorer yang memperkenalkan dunia pekerjaan, pengembaraan dan penyelesaian masalah.
Kini, Durioo membawa semula pengalaman nostalgia itu untuk generasi baharu menerusi Build-It Blocks, sebuah animasi tempatan yang menggabungkan elemen terbaik daripada siri-siri tersebut dengan nilai Islam yang diterapkan secara semula jadi.
Perkara tersebut diumumkan dalam Tayangan Eksklusif Build-It Blocks di Durioo Experience Centre, Cyberjaya pada 1 Ogos 2026, yang menghimpunkan pempengaruh dan ibu bapa untuk menyaksikan episod pertamanya sebelum tayangan rasmi pada 8 Ogos ini.

Build-It Blocks disifatkan sebagai siri animasi pertama seumpamanya di Malaysia yang menjadikan hadis sahih sebagai asas penceritaan bagi setiap episod, sambil memperkenalkan kanak-kanak kepada pelbagai profesion di sekeliling mereka. Setiap kisah bukan sahaja memperkenalkan anak-anak kepada kerjaya berbeza, malah membawa pengajaran daripada hadis melalui jalan cerita, tindakan watak dan penyelesaian masalah. Nilai Islam diterapkan secara semula jadi agar anak-anak dapat belajar sambil menikmati pengembaraan yang menyeronokkan.
Build-It Blocks dihasilkan sepenuhnya oleh bakat tempatan daripada pasukan yang sama di sebalik kejayaan Omar & Hana, animasi Islamik terkenal di peringkat dunia yang telah meraih lebih 12 bilion tontonan di YouTube.
Siri ini mengisahkan tiga watak utama, iaitu Amir si arkitek, Bena si jurubina dan Camil si jurutera pembinaan. Bersama-sama, mereka membantu individu daripada pelbagai profesion menyelesaikan masalah harian melalui idea, pembinaan dan semangat bekerjasama.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, Build-It Blocks membawa gaya penceritaan nostalgia seperti kartun yang pernah membesarkan generasi ibu bapa, tetapi dipersembahkan melalui animasi 3D yang lebih moden, ceria dan menepati cita rasa kanak-kanak masa kini.
Apa yang menjadikan Build-It Blocks lebih unik ialah pemilihan profesion yang diketengahkan. Selain kerjaya popular seperti anggota bomba, doktor haiwan dan penyanyi, siri ini turut memperkenalkan pekerjaan seperti penghantar bungkusan, pekerja kitar semula dan tukang cuci.

Mereka mungkin jarang menjadi watak utama dalam kartun, tetapi memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian. Melalui siri ini, anak-anak diajar untuk mengenali, menghormati dan meraikan golongan yang sering menjadi wira tidak didendang dalam masyarakat.
Pengarah Build-It Blocks, Heidi Arjuna, berkata idea siri tersebut lahir daripada pengalaman beliau sendiri membesar dengan Bob the Builder, Higglytown Heroes dan Dora the Explorer, selain latar belakang keluarganya dalam bidang pembinaan.
“Saya membesar dengan tiga animasi ini dan pada masa yang sama, saya juga datang daripada keluarga jurubina. Dahulu, kebanyakan kanak-kanak bercita-cita mahu menjadi doktor atau saintis. Sebenarnya, ada begitu banyak profesion lain di sekeliling mereka yang menarik dan penting untuk dikenali,” katanya.

Menurut Heidi, Build-It Blocks bukan sekadar mahu membuka mata anak-anak terhadap lebih banyak pilihan kerjaya, tetapi turut membantu mereka melihat keindahan Islam melalui penceritaan yang dekat dengan kehidupan.
“Kami tidak mahu nilai Islam terasa seperti ceramah. Ia diterapkan secara natural melalui adab, kerjasama, cara watak membantu orang lain dan hadis yang menjadi asas setiap episod. Kami mahu anak-anak rasa bahawa Islam itu indah, dekat dan menyeronokkan untuk dipelajari,” tambahnya.
Build-It Blocks akan ditayangkan secara eksklusif di Durioo+, platform penstriman video selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak, bermula 8 Ogos 2026.

Pelancaran siri ini turut berlangsung serentak dengan pengenalan Harga Istimewa Merdeka Durioo+, iaitu RM13 sebulan atau RM118 setahun. Pakej tahunan tersebut bersamaan serendah RM9.83 sebulan, membolehkan keluarga menikmati Build-It Blocks bersama ribuan kandungan selamat dan bebas iklan di Durioo+.
Dengan gabungan nostalgia, animasi moden, pengenalan kerjaya dan penceritaan berasaskan hadis, Build-It Blocks bukan sekadar sebuah kartun pembinaan. Ia merupakan usaha Durioo membina generasi anak Muslim yang lebih ingin tahu, menghargai setiap anggota masyarakat dan mengenali keindahan Islam sejak kecil.

Usaha ini menjadikan Durioo+ sebagai antara pelopor utama dalam industri tempatan yang telah melabur wang dan tenaga dalam memastikan anak-anak Muslim boleh sama-sama menikmati hiburan selamat disamping menerapkan nilai-nilai Islam di jiwa mereka.
Nota: Bob the Builder, Higglytown Heroes, dan Dora the Explorer adalah cap dagangan berdaftar milik pemilik masing-masing dan dirujuk di sini semata-mata untuk tujuan konteks dan sejarah.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan