Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ebit Lew Sewa Kawasan RM4300 Sebulan, Jadi ‘Zoo Taman’ Untuk Anjing & Kucing Jalanan Arwah Mak Intan

Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu.

Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Malah, haiwan pun akan turut dibantu seperti hantaran terbaharu di Facebook, Ebit Lew mengenai sebuah tempat baru yang disewakan beliau bagi dijadikan ‘shelter’ kucing dan anjing terbiar.

Difahamkan, waris kepada Pak Mie Shelter, arwah Halijah Idris atau lebih mesra dengan panggilan Mak Intan akan menguruskan tempat tersebut bagi menggantikan ‘shelter’ lama mereka.

Sampai je anak-anak arwah Mak Intan menangis..

Sampai je ke tempat baru anak-anak arwah Mak Intan menangis. “Mesti mak gembira ustaz. Terima kasih ustaz. Kami memang tak sangka ustaz akan datang sini.

Mak pun selalu dengar ceramah ustaz. Alhamdulillah. Saya sewa tempat ini Rm4300 sebulan. Baik owner tempat ini.

Terus bawa kontraktor dan Dr Vet yang sentiasa membantu selama ini. Kita akan buat sistem kumbahan, sistem air, bilik-bilik pengasingan, tempat makanan, kipas, ventilation, dan tanah tempat bermain dan lobi tetamu. Supaya jadi ZOO Taman untuk kunjungan dan yang ingin membantu.

Doakan ya. Semoga semuanya dimudahkan. Seminggu lagi semua anjing dan kucing kena dipindahkan

Terima kasih semua anak dan keluarga mak Intan. Terima kasih NGO dan persendirian yang selalu membantu. Terima kasih badan berkuasa tempatan dan lain-lain.

Sumber: Ebit Lew