Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Eden at Botanica CT, sebuah resort kediaman warga emas bersepadu, dijadualkan dibuka pada tahun 2027 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Dibangunkan oleh Eden at Botanica CT Sdn Bhd, sebuah usaha sama antara Botanica Hills Sdn Bhd dan Eden-On-The-Park Sdn Bhd, projek ini menggabungkan elemen kediaman persaraan, kesihatan dan kesejahteraan, gaya hidup serta komuniti dalam satu ekosistem khas yang menawarkan kehidupan yang bermakna dan berdikari kepada golongan warga emas.
Diasaskan oleh Dato’ Seri Kenny Ong, Pengarah Eden at Botanica CT dan Pengerusi Kumpulan MTT, bersama Victor Fong, Pengarah Eden at Botanica CT, pembangunan ini merangkumi 350 unit kediaman khas dalam persekitaran yang direka dengan teliti bagi menyokong kehidupan yang selesa, selamat dan berdikari. Kediaman ini disasarkan kepada individu berumur 60 tahun ke atas, namun turut menerima penghuni sekunder termasuk anak dewasa bawah 60 tahun, sekali gus mewujudkan komuniti pelbagai generasi yang saling menyokong.
Terletak dalam kawasan bandar lestari di Balik Pulau, Pulau Pinang yang terkenal dengan pelancongan pertanian seperti durian, buah pala dan cengkih, Eden at Botanica CT menawarkan suasana kediaman yang tenang, berkonsepkan percutian dengan kepadatan rendah namun masih mudah diakses dari bandar.
Penghuni akan menikmati pelbagai kemudahan bersepadu termasuk pusat penjagaan khas serta kemudahan gaya hidup dan rekreasi. Ia turut dilengkapi perkhidmatan seperti penjagaan kejururawatan berlesen di pusat penjagaan, pengurusan rekod perubatan, penjaga kecemasan 24 jam, program kesihatan dan aktiviti, serta perkhidmatan tambahan seperti pengemasan rumah, perkhidmatan makanan dan bantuan kejururawatan di rumah secara pilihan dengan bayaran tambahan.
Bagi memperkukuhkan lagi ekosistem penjagaan, sebuah pusat perubatan yang terletak dalam kawasan lebih luas Botanica.CT hanya beberapa minit dari lokasi, memberikan akses mudah kepada perkhidmatan kesihatan tambahan apabila diperlukan.
Direka khusus untuk kehidupan persaraan, kediaman ini menampilkan ciri-ciri praktikal seperti ruang yang lebih luas dan kedudukan suis yang lebih rendah bagi memudahkan pergerakan. Selain itu, ruang berkongsi dan kemudahan rekreasi direka untuk menggalakkan interaksi sosial dan gaya hidup aktif, manakala sistem keselamatan yang kukuh memberi ketenangan kepada penghuni. Gabungan ini mewujudkan persekitaran seimbang yang membolehkan warga emas menikmati rehat, pemulihan serta kehidupan sosial yang sihat.
Ketika Malaysia sedang bergerak ke arah menjadi sebuah negara tua, iaitu apabila 14% atau lebih daripada populasi berumur 65 tahun ke atas, perubahan demografi ini turut meningkatkan permintaan terhadap gaya hidup aktif dalam kalangan warga emas, khususnya di kawasan bandar.
“Ramai kini mahu kekal berdikari dan terus menyumbang kepada masyarakat,” kata Pengarah Property dan Aset Kumpulan MTT, Leonard Theng, sambil menambah bahawa pembangunan Eden at Botanica CT diwujudkan untuk menghormati persaraan sebagai fasa baharu kehidupan yang menghubungkan, bukannya mengasingkan, serta menggalakkan kebebasan bukannya sekatan.
Ketika ini, kebanyakan kemudahan warga emas hanya menawarkan penginapan berbayar berbanding pemilikan rumah sebenar. “Konsep kami sesuai untuk keluarga pelbagai generasi kerana anak-anak boleh yakin ibu bapa mereka dijaga dengan baik, sementara warga emas tidak berasa menjadi beban kepada anak-anak,” tambahnya.
Walaupun ramai warga emas inginkan pagi yang tenang tanpa tekanan, mereka masih mahukan hari yang bermakna. Mereka ingin kekal berhubung melalui keluarga, persahabatan atau rutin harian. Keinginan ini dapat direalisasikan di Eden at Botanica CT yang menyediakan ruang untuk mereka menjalani kehidupan yang bermakna.
Projek ini merupakan visi bersama antara dua syarikat berpengalaman iaitu Eden-On-The-Park Sdn Bhd, penyedia penjagaan warga emas bertauliah di Malaysia, dan Botanica Hills Sdn Bhd. Kedua-duanya berkongsi visi untuk membangunkan konsep kehidupan persaraan bersepadu yang mengutamakan kesejahteraan menyeluruh.
Apabila kebebasan dihormati dan rasa kebersamaan dipupuk, ia mampu mewujudkan komuniti di mana penghuni bukan sekadar tinggal, tetapi terus berkembang, menyumbang dan menikmati kehidupan dengan lebih bermakna. Eden at Botanica CT (EABC) dijadualkan siap pada Julai 2027. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari https://www.edenatbotanicact.com.my/