Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
ekori ambulans ditahan
Kredit: Bernama

Ekori Ambulans Di Lebuh Raya Persekutuan, Seorang Lelaki Ditahan

Azizah Najib

Ekori Ambulans Di Lebuh Raya Persekutuan, Seorang Lelaki Ditahan

SHAH ALAM, 3 Disember (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara berbahaya dan mengekori sebuah ambulans dalam keadaan membahayakan ambulans dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Persekutuan di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira 11 malam pada hari sama setelah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh pemilik asal kenderaan itu bagi membantu siasatan.

BACA: Pasangan Pengantin Edar Makanan Kenduri Selepas Lokasi Majlis Dilanda Banjir

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian yang turut tular menerusi media sosial itu berlaku kira-kira 4.40 petang ketika ambulans berkenaan sedang melalui Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang telah diekori sebuah kereta dan motosikal dalam keadaan membahayakan ambulans terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta itu dipinjamkan oleh pemilik kenderaan kepada suspek dan kita telah pergi ke rumah pemilik kereta sebelum beliau kemudiannya datang ke IPD Shah Alam bersama lelaki berusia 28 tahun itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata semakan turut mendapati suspek bukan ahli keluarga kepada pesakit yang dibawa di dalam ambulans berkenaan.

BACA: Botol Hanyut Di Laut Ditemui, Berisi Surat Berusia 16 Tahun Lalu

Beliau berkata polis juga sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kejadian sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori kenderaan itu bagi mengelak bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya.

Terdahulu, tular video menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta Honda Civic berwarna putih dan sebuah motosikal jenis Yamaha MT-15 yang mengekori sebuah ambulans secara berbahaya sambil menyalakan isyarat kecemasan di Lebuhraya Persekutuan, Ahad lepas.

BACA: Karya Pisang RM28 Juta Dah Dimakan, “Rasa Lagi Sedap…”

Sumber: Bernama