Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Elak Kos Baiki Mahal, Fahami Perbezaan "Minor Service" & "Major Service" Kereta

Minor Service
Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok

Elak Kos Baiki Mahal, Fahami Perbezaan "Minor Service" & "Major Service" Kereta

Memiliki kereta bukan sekadar untuk memudahkan urusan harian, tetapi juga memerlukan penjagaan yang konsisten agar kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Namun begitu, masih ramai pemilik kereta yang kurang memberi perhatian terhadap aspek penyelenggaraan asas, sedangkan ia penting untuk memastikan jangka hayat kenderaan lebih lama.

Antara perkara asas dalam penjagaan kereta ialah servis berkala yang merangkumi minor service dan major service.

Kedua-dua servis ini mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan prestasi kereta kekal stabil serta selamat untuk digunakan dalam jangka masa panjang.

Perkongsian seorang mekanik dari @Altimat Auto Garage di TikTok turut menekankan bahawa penting untuk mengetahui beza antara minor service dan major service supaya pemilik kereta lebih peka terhadap keperluan penyelenggaraan kenderaan mereka.

Perbezaan Minor Service dan Major Service Kereta

Ramai pemilik kereta sebenarnya memiliki kenderaan, tetapi masih kurang jelas tentang perbezaan antara minor service dan major service.

Walaupun nampak mudah, kedua-duanya sangat penting untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak mudah mengalami kerosakan serius.

Minor service

Menurut @Altimat Auto Garage, minor service ialah servis asas yang biasanya melibatkan komponen yang cepat haus atau cepat habis digunakan.

Antara kerja utama dalam minor service ialah menukar minyak enjin dan oil filter, serta melakukan pemeriksaan asas pada beberapa bahagian penting kereta.

Antara perkara yang diperiksa dalam minor service termasuk:

  • Paras air coolant sama ada mencukupi atau terdapat kebocoran

Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok
  • Kawasan enjin seperti head enjin untuk mengesan kebocoran minyak

  • Keadaan brake fluid

  • Keadaan fan belt atau timing belt

Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok
  • Ketebalan brake pad

Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok

Minor service ini biasanya dilakukan setiap 5,000 hingga 10,000 km atau setiap 6 bulan, bergantung kepada mana yang sampai dahulu.

Penjagaan ini penting kerana membantu menjaga kesihatan enjin dan mengelakkan kerosakan awal.

Major service

Sementara itu, major service pula merupakan servis yang lebih besar dan menyeluruh, biasanya dilakukan apabila kereta sudah lama digunakan atau mileage sudah tinggi.

Pada tahap ini, banyak komponen mula kotor atau haus dan perlu diganti atau diselenggara.

Antara kerja yang dilakukan dalam major service ialah:

  • Menukar air filter dan cabin filter yang sudah kotor

Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok
  • Melakukan radiator flushing

  • Brake fluid flushing

Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok
  • Menukar minyak gearbox seperti ATF atau minyak CVT

Major service biasanya dilakukan apabila kereta mencapai sekitar 30,000 km hingga 100,000 km, bergantung kepada keadaan penggunaan kenderaan.

Kesan jika tidak buat major service, apa jadi?

Jika major service tidak dilakukan, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti:

  • Gear terasa kasar atau lambat bertukar

Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok
  • Kereta kurang pick up atau semput

  • Penggunaan minyak meningkat

  • Brek kurang berkesan

Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok
  • Aircond tidak sejuk atau suhu enjin naik

Akhirnya, kos pembaikan akan menjadi lebih tinggi kerana banyak komponen lain telah terjejas.

Oleh itu, kedua-dua minor service dan major service adalah sama penting.

Minor service menjaga bahagian asas enjin, manakala major service memastikan keseluruhan sistem kereta kekal dalam keadaan optimum untuk jangka masa panjang.