Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Mesti ramai juga yang rasa serabut kan kalau wayar-wayar berselerak berdekatan suiz. Apa tidaknya, pemandangan tersebut membuatkan kita berasa tidak selesa sekiranya inginkan kekemasan pada satu-satu sudut.
Lagi-lagi di sudut televisyen, terganggu juga apabila ada wayar-wayar yang berselirat kemungkinan daripada peranti-peranti lain seperti dekoder dan juga speaker. Tapi sebenarnya ada je cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini.
Seperti yang dikongsikan oleh Dila Akashah dalam group Kelab Kaki Deko, dia hanya mengeluarkan modal tak sampai RM10 untuk menguruskan wayar di belakang televisyen.

Gambar sebelum. Ada wayar TV, plug extension, modem unifi, wifi router dan wayar2 lain yg berselirat sana sini.

3 benda ni je, PVC case beli dekat kedai hardware, cable tight dan double sided tape beli dekat mr.diy.

Ikat wayar dan lekatkan PVC case kat mana2 tempat yg sesuai. Kena buat lubang sikit dekat PVC case utk keluar masuk wayar. Lebihan wayar sorok dalam tu.

Wifi router pun sy sumbat sini. Sakit mata tengok sepah2. Modem pulak letak dalam kabinet TV. Setakat ni tak menjejaskan speed internet walaupun duduk dalam bilik.

Siap

Tada. Kabinet TV bebas dari segala benda dan segala mak nenek wayar. Bawah kabinet pun dah tak nampak. Semoga bermanfaat.
Sumber:
Dila Akashah
Boleh dapatkan pvc case, cable tight dan double sided tape
disini