Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Masa kecil dulu kita selalu ternanti-nanti bila tibanya waktu untuk menjadi orang dewasa. Siap ada angan-angan nak dapatkan kerja yang bagus dan gaji lumayan mengikut bidang yang disukai.
Namun, kadang kala realiti sangat pahit untuk ditelan. Alam dewasa dan alam pekerjaan tak seperti yang kita bayangkan, tak seindah seperti zaman kanak-kanak. Pekerjaan yang didamba memberi tekanan dan rupa-rupanya tak memberikan keseimbangan kepada keharmonian hidup.
Kalau dulu ramai bekerja atas dasar survival dan demi memecahkan kepompong kemiskinan. Bagaimanapun, generasi kini yang lebih muda semakin cakna dengan kesihatan mental kerana sebolehnya setiap dari kita ingin kerja di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.
Justeru, keseimbangan dalam setiap aspek itu adalah penting. Dalam pada itu, negara yang menawarkan manfaat kepada pekerja dan rakyat pastinya menjadi idaman ramai orang. Berikut merupakan senarai negara dan faedah yang ditawarkan untuk pekerja:

Negara yang telah mengaplikasikan inisiatif ini adalah Belgium. Manakala Jerman, Portugal dan United Kingdom (UK) juga pernah melakukan eksperimen kerja selama empat hari ini.
Menariknya, kajian di UK mendedahkan produktiviti kerja lebih meningkat selepas eksperimen itu dijalankan.
Sesetengah syarikat bukan saja menjaga kebajikan di tempat kerja tetapi turut memberikan manfaat kepada keluarga terutama anak-anak pekerja.
Luxembourg menjadi negara yang tawarkan elaun keluarga kepada pekerja rentas sempadan. Difahamkan, objektif elaun ini adalah untuk bantu ibu bapa besarkan anak-anak dengan menampung kos kewangan pemeliharaan dan pendidikan mereka.
Elaun ini mula diaplikasikan dari bulan kelahiran anak sehingga umur 18 tahun dan seterusnya jika anak melanjutkan pelajaran menengah atau setaraf dengannya.
Subsidi untuk yang tidak bekerja
Jangan terkejut pula, di Denmark penganggur akan dibantu oleh kerajaan melalui bantuan insurans atau faedah yang sememangnya berbaloi.
Tetapi, ia merupakan skim insurans sukarela di mana pekerja tak akan diinsuranskan secara automatik. Pekerja perlu sertai dana insurans pengangguran Denmark atau dikenali sebagai ‘a-kasse’ terlebih dahulu dan buat caruman.

Dengan kata mudahnya, skim ini lebih kurang sama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Cuma bezanya skim insurans di Denmark ini menjadi satu persediaan untuk para pekerja kalau-kalau nanti dibuang atau berhenti kerja.
Selain itu, banyak lagilah manfaat yang kadang kala kita rasa tak masuk akal tapi ia sememangnya menjadi satu kebiasaan di negara-negara terbabit.
Malah, PERKESO ada juga tawarkan bantuan untuk mereka yang hilang kerja sementara mencari kerja baru. Selain itu, suri rumah atau individu yang kerja sendiri juga tak ketinggalan.
Hal ini dapat dilihat menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang diwujudkan untuk beri perlindungan kepada anda yang kerja sendiri. Ia tertakluk di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Awalnya, skim ini hanya diwajibkan ke atas sektor Pengangakutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan bas. Bagaimanapun, ia telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan mulai 1 Januari 2020.
Antara sektor tersebut ialah pertanian, penternakan, perhutanan, perikanan, pembuatan, pembinaan, perniagaan dalam talian, teknologi maklumat dan banyak lagi.

Terdapat lapan faedah yang anda akan dapat melalui SKSPS ini iaitu faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layan sentiasa, orang tanggungan, pengurusan mayat, kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan pendidikan.
Anda layak dapat SKSPS jika anda Warganegara Malaysia, pemastautin tetap tanpa kira had umur dan individu yang jalankan kerja sendiri untuk cari nafkah.
Selain itu dokumen yang perlu disediakan ketika buat permohonan ialah salinan kad pengenalan, salinan lesen, kad pemandu, profil e-hailing, permit, sijil atau surat pengesahan daripada persatuan atau agendi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilh.
Masuk bab bayaran pula, ia dilakukan secara tahunan atau bulanan dan boleh dibuat secara tunai di semua pejabat PERKESO. Jika nak buat dalam talian, boleh layari https://matrix.perkeso.gov.my
Jadi, yang bekerja sendiri tu jangan lepaskan peluang dan buat caruman dalam SKSPS demi persediaan masa depan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web PERKESO.