Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Antibiotik Dilarang Penggunaannya Kepada Haiwan Ternakan Bermula 31 Ogos

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyenaraikan enam antibiotik yang dilarang penggunaannya kepada haiwan ternakan bermula 31 Ogos tahun ini.

Enam antibiotik itu ialah erythromycin, enrofloxacin, tetracycline, ceftiofur, tylosin, dan fosfomycin.

“Larangan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pengawalseliaan kualiti dan keselamatan makanan haiwan demi menjamin kesihatan haiwan dan keselamatan makanan manusia,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini susulan penyiaran berhubung larangan penggunaan antibiotik kepada haiwan ternakan.

Sumber: BERNAMA