Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Beranak Dilaporkan Hilang Di Bentong

Enam Beranak Dilaporkan Hilang
Kredit: Bernama

Enam Beranak Dilaporkan Hilang Di Bentong

KUANTAN, 1 April (Bernama) -- Seorang wanita bersama lima anaknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan enam beranak itu daripada suami wanita tersebut yang berusia 43 tahun pada 7.34 malam hari yang sama.

Beliau berkata pengadu memaklumkan isterinya, M Rekha, 41, bersama anak mereka S Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17, S Shasini Nair, 16, S Pritivi, 14 dan S Lashwin Nair yang berusia empat tahun, kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid.

Kredit: Polis Bentong

“Lelaki tersebut menyedari isteri dan anaknya tiada di rumah sekitar 6.30 pagi Isnin dan gagal mengesan mereka sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu hilang tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui talian 09-2231999.