Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Enam Negeri, Tiga Wilayah Persekutuan Diramal Ribut Petir Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 10 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, kawasan yang terlibat adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Pahang, daerah yang terlibat adalah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.
“Di Negeri Sembilan pula hanya melibatkan daerah Jelebu, Seremban dan Jempol. Sementara Johor di kawasan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.
Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan lebat termasuklah Sibu, Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang.
Manakala Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod).
Selain itu, seluruh kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka turut dilanda cuaca buruk.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal
BACA: Khabib Bertemu TMJ, Cadang Buka Gimnasium Latihan Rasmi Di Johor
BACA: Batik Air Lancar Laluan Terus Dari Subang ke Kota Bharu Bermula 21 Oktober Ini
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia