Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ESKAYVIE

Eskayvie Lancarkan Maskot Owi, Komitmen Pak Nil Turut Dipuji

Syamimi

Eskayvie Lancarkan Maskot Owi, Komitmen Pak Nil Turut Dipuji

Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai kemanusiaan menjadi semakin kritikal.

Berlandaskan prinsip inilah Eskayvie terus memperkukuh peranannya sebagai jenama kesihatan yang bukan sekadar berkembang dari sudut perniagaan, namun turut membawa makna serta impak sebenar kepada masyarakat.

Komitmen ini diterjemahkan menerusi penganjuran Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 di Hotel Mandarin Oriental, yang menghimpunkan lebih 400 warga kerja, Usahawan Eskayvie Nexus serta rakan strategik pada 24 Januari lalu.

Majlis ini menjadi platform untuk meraikan pencapaian sepanjang tahun lalu serta menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan yang dibina secara kolektif.

Tunjang Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Dr Kartika Wati Mohamed

Bertemakan The Journey Continues: From Purpose to Impact, majlis ini mencerminkan hala tuju jenama popular berkenaan bagi tahun ini yang menekankan kejelasan mesej, konsistensi pelaksanaan dan hubungan yang lebih bermakna dengan masyarakat.

Tema terbabit disifatkan bukan sekadar kesinambungan perjalanan, tetapi penegasan kepada fasa pertumbuhan baharu yang lebih terarah, mampan dan berimpak.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, dalam ucaptamanya menegaskan bahawa peranan Eskayvie hari ini melangkaui penghasilan produk, sebaliknya berfungsi sebagai satu ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia moden.

“Dalam realiti hari ini, masyarakat berdepan peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, pencemaran alam sekitar, mikroplastik, virus baharu serta pengambilan makanan ultra-proses.

Aznil dan ibu tercinta Dr Kartika, Datin Hajah Kamaliah turut hadir

“Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai,” kata Dr Syid. Dr Syid menambah, jenama kebanggaannya itu dibangunkan berteraskan ilmu, kajian dan integriti profesional.

“Eskayvie bukan sekadar jenama. Kami adalah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor, pakar nutrisi dan diet yang komited dalam mendidik masyarakat serta membangunkan formulasi produk kesihatan dan kecantikan berlandaskan sains.

“Misi kami jelas, membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan yang optimum dan berdaya tahan untuk masa depan.

“Kejayaan Eskayvie juga tidak diukur melalui angka semata-mata, tetapi melalui perubahan kualiti hidup, keyakinan dan kesejahteraan komuniti yang dibina bersama menerusi ekosistem Nexus,” katanya.

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Formulator Eskayvie

Dr Syid turut menzahirkan rasa syukur atas kerjasama yang terjalin bersama Datuk Aznil Nawawi sebagai duta jenama Eskayvie.

“Alhamdulillah, sudah memasuki tahun keenam kami bersama Pak Nil. Sejak awal, beliau sentiasa memberi sokongan yang konsisten dan dekat dengan masyarakat. Hubungan ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu ukhuwah yang kami harap akan terus kekal positif dan berkembang,” kata Dr Syid.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menekankan bahawa Eskayvie secara konsisten memilih untuk bermula dengan anak-anak, kerana di situlah masa depan ummah dibentuk.

Menurut Dr Kartika, potensi anak bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya perlu dibina hari ini melalui nutrisi, sokongan dan kesedaran yang betul.

Pelancaran maskot Owi dan packaging baharu Mindtropic Junior menandakan langkah penjenamaan yang lebih mesra kanak-kanak bagi menyokong usaha mendekati golongan keluarga

“Kempen Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda bukan sekadar kesinambungan perjalanan jenama, tetapi pendalaman mesej dan penegasan pendirian Eskayvie.

“Mesej kami jelas, setiap anak dilahirkan dengan potensi dan tugas kitalah untuk menyuburkannya setiap hari,” kata Dr Kartika.

Kata Dr Kartika lagi, lebih daripada memperkenalkan produk, kempen dimaksudkan mengangkat kesedaran tentang tanggungjawab.

“Ia berintikan tanggungjawab bersama selain peranan ibu bapa dalam membina asas perkembangan anak, termasuklah tanggungjawab masyarakat dalam menyediakan sokongan yang tepat.

Dr Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie, Ketika menyampaikan ucapan mengenai hala tuju strategik syarikat

“Seterusnya tanggungjawab Eskayvie sebagai organisasi yang memilih untuk bertindak dan memberi impak,” kata Dr Kartika. Sebagai strategi utama 2026, kempen terbabit akan diperluaskan secara nasional melalui rangkaian Eskayvie Nexus yang membabitkan lebih 130,103 usahawan di seluruh Malaysia.

Jelas Dr Kartika lagi, pendekatan ini membolehkan mesej kempen disampaikan secara lebih dekat, empatik dan berterusan kepada ibu bapa serta keluarga, melalui pendidikan, perbualan dan hubungan yang dipercayai.

“Eskayvie turut memperkukuh pelaksanaan kempen ini melalui kerjasama strategik merentas pelbagai lapisan ekosistem, melibatkan agensi berkaitan seperti institusi kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan profesional serta rakan media dan industri.

Antara pemenang yang diraikan

“Pendekatan kolaboratif ini memastikan mesej kempen disampaikan secara berfakta, bertanggungjawab dan konsisten, selari dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan nutrisi dan pembangunan potensi generasi masa hadapan.

“Melalui pembabitan pelbagai pihak berkepentingan, kempen ini digerakkan bukan sekadar sebagai inisiatif jenama, tetapi sebagai usaha bersama yang berteraskan ilmu, kepakaran dan tanggungjawab sosial,” kata Dr Kartika.

Dr Kartika turut menambah, pendekatan menyeluruh Eskayvie dalam memastikan mesej yang dibawa bukan sahaja sampai kepada masyarakat secara menyeluruh, malah membina kefahaman yang mendalam serta impak yang berkekalan.

“Seiring dengan pelaksanaan kempen, Eskayvie memperkenalkan penambahbaikan formulasi serta pembungkusan baharu bagi produk teras Mindtropic dan Mindtropic Junior, yang menyokong nutrisi minda kanak-kanak dan remaja berumur dua hingga 18 tahun.

Daripada lebih 350,000 penyertaan pelanggan sepanjang Kempen Beli & Menang 2025, Rohana Saad muncul sebagai pemenang bertuah hadiah utama Honda City 1.5V

“Kedua-dua produk ini turut dilengkapi dengan ciri pengesahan produk sebagai langkah memastikan ketulenan, keselamatan dan kualiti melalui saluran rasmi Eskayvie.

“Jenama kami turut memperkenalkan OWI, maskot rasmi kempen yang berfungsi sebagai simbol potensi anak-anak serta medium komunikasi yang lebih mesra untuk menyampaikan mesej nutrisi dan perkembangan minda kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

“OWI bukan sekadar maskot. Ia adalah simbol kepada potensi yang sedang menunggu untuk diserlahkan dengan sokongan yang betul, pada masa yang tepat,” kata Dr Kartika.

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian Hadiah Utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan berterusan pengguna.

Kempen yang berlangsung dari Februari 2024 hingga Disember 2025 ini mencatatkan lebih 350,000 penyertaan, dengan nilai keseluruhan hadiah melebihi RM300,000.