Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

FAM Sahkan Masih Tunggu Dokumen Penuh FIFA Sebelum Kemuka Rayuan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya masih menunggu dokumen penuh keputusan penghakiman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menerusi hantaran Football Association of Malaysia di Facebook, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Haji Rahman memaklumkan proses rayuan hanya dapat dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan tersebut diterima secara rasmi.
Pihak FAM melalui pasukan guaman bersedia mengemukan rayuan kepada FIFA sebaik memperoleh dokumen penuh keputusan penghakiman daripada FIFA.
“Proses rayuan hanya dapat dimulakan sebaik sahaja dokumen penuh keputusan tersebut diterima secara rasmi
“Pasukan guaman FAM telah bersedia untuk mengambil sebarang tindakan lanjut sejurus dokumen berkenaan diperoleh,” ujar hantaran itu.
Selepas menerima dokumen tersebut, FAM melalui pasukan guaman akan mengambil tindakan dengan kemukan rayuan beserta dokumen sokongan yang kukuh membabitkan isu ini.
“Sebaik sahaja keputusan penuh diterima, pasukan guaman FAM akan mengemukakan rayuan dengan dokumen sokongan yang kukuh,” kata FAM.

Sebelum ini, SK melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen tujuh pemain warisan yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran badan induk sukan itu.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata pihaknya memandang serius perkara itu sambil menegaskan para pemain terlibat ialah rakyat Malaysia yang sah.
“FAM sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook FAM.
FAM dan tujuh pemain tersebut dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), berkaitan pemalsuan dokumen.
FIFA menerusi kenyataan memaklumkan FAM didapati menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.
Tujuh pemain yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal serta Hector Hevel.
Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.
Bagaimanapun, FAM menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA itu.
Sumber: Football Association of Malaysia