Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fasih Berbahasa Arab, Ramai Puji Kanak-Kanak India

Nurul Alia Ali
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kini, segelintir ibu bapa Melayu cenderung atau berebut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina, sekolah swasta mahupun sekolah antarabangsa, namun jarang ibu bapa yang bukan Muslim menghantar anak mereka ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Berbeza dengan sebuah PASTI di Johor kerana mempunyai seorang murid yang berbangsa India.

Walaupun terdapat perbezaan agama dan budaya, S Reshannya atau lebih mesra dengan panggilan Resha sedikit pun tidak berasa kekok untuk belajar dan sudah pandai membaca doa serta bergaul dengan murid-murid yang lain walaupun berbeza agama.

Resha tular di laman media sosial selepas gambar nya dimuat naik Setiausaha PASTI Ledang, Ismail Mohamed di laman sosial Facebook miliknya, 15 November lalu.

Rata-rata netizen memuji kebolehan Resha membaca doa serta usaha ibu bapanya menghantar anaknya yang berusia enam tahun ke pusat asuhan berteraskan pengajian Islam.

Semoga menjadi anak yang berjaya di masa akan datang

Semoga adik Resha diberi hidayah

Sumber : Sinar Harian