Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fenomena “Blood Moon” Pada Malam 7 September

Hannah
blood moon september
Gambar: BERNAMA

Fenomena “Blood Moon” Pada Malam 7 September

Langit Malaysia bakal dihiasi fenomena menakjubkan pada malam 7 September hingga awal pagi 8 September 2025.

Ketika ini, kita berpeluang menyaksikan sendiri Gerhana Bulan Penuh atau lebih dikenali sebagai “Blood Moon”, satu keajaiban alam yang jarang berlaku.

Menariknya, fenomena ini boleh dinikmati dengan mata kasar dari seluruh Malaysia tanpa perlu sebarang peralatan khas.

Tapi kalau nak lebih puas, korang boleh gunakan teleskop atau kamera untuk rakaman yang lebih jelas dan menarik.

Waktu-waktu penting korang patut take note

Kalau tak nak terlepas, pastikan korang alert dengan waktu-waktu ini:

  • 11:28 malam – Gerhana bermula

  • 12:26 pagi – Fasa separa bermula

  • 1:30 – 2:52 pagi – Fasa penuh (Blood Moon)

  • 4:55 pagi – Gerhana tamat

Apa yang korang perlu tahu pasal “blood moon”?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini antara perkara yang korang perlu tahu pasal “blood moon”:

  • Berlaku ketika fasa bulan purnama.

  • Matahari, Bumi dan Bulan berada pada kedudukan yang hampir sejajar.

  • Warna dipermukaan bulan akan mengalami perubahan dari warna putih bersinar ke merah-merahan.

  • Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar.

  • Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) disyariatkan untuk fenomena ini.

blood moon september
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Menarik, kan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dan menikmati keindahan langit malam ini, lebih bermakna jika bersama keluarga atau rakan-rakan.

BACA: Tak Pernah Makan, Tular Kisah Budak Sertai Pertandingan Sebab Nak Rasa Daging

BACA: Penjualan Tiket Konsert K-POP Guna “Verification” Tugu Negara, Raih Pujian

BACA: Pengantin Berbangsa India Penuhi Hajat Ibu, Pilih Tema Kahwin Adat Melayu

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan