Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
feri langkawi terkandas lima jam
Sumber: BERNAMA

Feri Bawa 163 Penumpang Ke Langkawi Terkandas Lebih Lima Jam

Hannah

Feri Bawa 163 Penumpang Ke Langkawi Terkandas Lebih Lima Jam

ALOR SETAR, 11 Julai (Bernama) — Sebuah feri yang membawa 163 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi, terkandas lebih lima jam disebabkan kerosakan enjin di perairan Kuala Kedah, dekat sini, petang semalam.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Kapten Baharin Baharom berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang, di kedudukan sekitar 7.5 batu nautika dari Terminal Feri Kuala Kedah.

“Kejadian berpunca daripada kerosakan dua enjin feri itu yang terhenti secara mengejut selepas beberapa minit berlepas dari terminal di Kuala Kedah.

“Petugas feri dapat membaiki satu enjin dan feri dapat berfungsi semula, tapi selepas itu pengurusan berbincang dengan pelbagai pihak untuk tindakan seterusnya sama ada meneruskan perjalanan ke Langkawi atau berpatah balik ke Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya feri berpatah balik ke Kuala Kedah, perjalanan semula ke Langkawi perlu ditangguhkan sementara menunggu air pasang kembali dan jangkaan tiba di Langkawi dengan feri gantian adalah pada 2.30 pagi.

Sehubungan itu Baharin berkata pihak pengurusan memutuskan untuk feri berkenaan meneruskan perjalanan ke Langkawi menggunakan satu enjin, dan selamat tiba di pulau peranginan itu pada 11.44 malam tadi.

Beliau berkata sepanjang perjalanan feri itu diiringi bot penunda sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka.

“Pihak konsortium amat menitikberatkan kebajikan penumpang, termasuk mengagihkan makanan yang dibawa bot penunda dari Kuala Kedah. Makanan diagihkan sekali lagi kepada penumpang sejurus tiba di Langkawi,” katanya.

Terdahulu klip video yang memaparkan penumpang turun dari sebuah feri dikongsikan oleh seorang individu di media sosial dengan tajuk ‘Dari 6.30…pukui 12 baru bleh sampai Langkawi…mcm p thailand ooo’.

BACA: BNM Terus Kekalkan OPR Pada 3.00 Peratus

Sumber: BERNAMA