Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
FGV gantung dagangan
Kredit: Bernama

FGV Gantung Dagangan, ICT Zone Pindah Dari Pasaran ACE Pada 3 Jun – Bursa

Sofea

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permohonan FGV Holdings Bhd (FGV) untuk penggantungan dagangan sahamnya berkuat kuasa Isnin, 26 Mei bermula 9 pagi hingga 5 petang, sementara menunggu pengumuman penting.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata permohonan penggantungan itu dibuat di bawah subperenggan 3.1(b) Nota Amalan 2 mengenai Permohonan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Harga saham terakhir FGV didagangkan ialah RM1.26, bernilai RM4.7 bilion kepada syarikat.

Pada Jumaat lepas, FGV mengumumkan ia akan mengambil alih sepenuhnya pemilikan lapan anak syarikat menerusi pembelian saham berjumlah RM229.75 juta daripada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF).

Ia bertujuan menyelaras operasi perniagaannya dan memudahkan proses membuat keputusan yang lebih pantas, seiring dengan hala tuju strategik kumpulan itu.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, ICT Zone Asia Bhd (ICT Zone) berkata penggantungan sahamnya daripada dagangan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities bermula 28 Mei, 9 pagi, adalah mengikut Peraturan 8.02(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran LEAP (LEAP LR).

Berikutan penggantungan itu, keseluruhan modal saham terbitan ICT Zone akan dikeluarkan secara rasmi dari Pasaran LEAP pada 3 Jun, 9 pagi, mengikut Peraturan 8.05 dan 8.06 LEAP LR, bagi memudahkan pemindahan keseluruhan saham terbitan ICT Zone dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.

Sebelum ini, ICT Zone melaporkan bahawa tawaran awam permulaannya telah terlebih langganan sebanyak 1.89 kali dari pelabur awam, menjelang penyenaraianya di Pasaran ACE pada 3 Jun, yang menawarkan keseluruhan 154 juta saham, meliputi 133 juta saham baharu dan tawaran jualan 21 juta saham.

Sumber: Bernama