Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

FIFA Dedah Asal Usul 7 Pemain Warisan Harimau Malaya
Hasil siasatan yang dijalankan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendapati wujud percanggahan maklumat yang diperolehi oleh mereka berhubung status tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Memetik laporan Stadium Astro, maklumat yang diperolehi FIFA tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar ketujuh-tujuh pemain itu.
Dalam satu laporan yang diterbitkan di laman web FIFA, dokumen asal yang dipaparkan menunjukkan datuk atau nenek tujuh pemain ‘Malaysian Abroad’ itu tidak dilahirkan di Malaysia.
Menerusi rekod pendaftaran di negara-negara berkaitan yang disemak oleh FIFA, tujuh pemain terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia.
FIFA juga menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder yang diserahkan kepada mereka, bukan berpandukan rekod kelahiran asal.

Sebelum ini, FIFA memutuskan untuk mendenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) susulan didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.
Tujuh pemain iaitu Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano juga berdepan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak bermula tarikh yang dimaklumkan.
Sementara itu, FAM menerusi satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima dokumen penghakiman penuh daripada FIFA.
Pihaknya akan mengemukakan rayuan secara rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan.
“FAM juga ingin menegaskan bahawa semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu ini telah lengkap sepenuhnya dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera melalui saluran rasmi.
“FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain “memperoleh dokumen yang dipalsukan” atau dengan sengaja berusaha untuk mengelakkan peraturan kelayakan.
“FAM menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA,” katanya.
Menurutnya lagi, segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Pada setiap masa, para pemain bertindak dengan penuh niat baik, bergantung sepenuhnya kepada proses pengesahan dan pendaftaran yang dijalankan oleh FAM
“FAM berpendapat bahawa penggambaran ini adalah tidak tepat serta tidak adil, dan perkara ini akan dibangkitkan secara menyeluruh melalui proses rayuan rasmi,” katanya.
Sumber: Stadium Astro