Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2025 – First Pride menyemarakkan dunia snek dengan pelancaran produk terbaharunya, First Pride Chicken Bites! Diperkenalkan seiring acara yang penuh aksi dan keseronokan Game, Set, Snack! di 91 Sports Arena (91 PickleBall), First Pride Chicken Bites merupakan teman setia di gelanggang – mudah, kaya protein, dan memberikan kepuasan dalam setiap gigitan. Sama ada beraksi di gelanggang atau bersorak di tepi, First Pride Chicken Bites menjanjikan nikmat bagi setiap momen.
First Pride’s Chicken Bites menampilkan dua perisa yang mempersona dan lazat: BBQ Pedas dengan kepedasan sederhana dan aroma salai yang menyelerakan — sesuai digandingkan dengan apa sahaja; serta Rumpai Laut, dengan kerangupan serta umami rumpai laut yang lazat — sesuai bagi mereka yang menyukai snek klasik yang dipermoden. First Pride’s Chicken Bites bukan sekadar snek biasa; ia menyajikan sumber protein tulen dalam format yang mudah disediakan dan sesuai untuk apa sahaja.
Dihasilkan untuk kemudahan tanpa menjejaskan rasa, First Pride’s Chicken Bites sedia dinikmati dalam hanya beberapa minit menjadikannya pilihan tepat untuk gaya hidup sibuk dan aktif. Setiap hidangan dipenuhi protein yang menyokong pemulihan otot dan tenaga, khususnya selepas aktiviti fizikal intensif. Cuma perlu keluarkan dari peti ais dan terus goreng selama 3 minit, atau gunakan ‘air fryer’ selama 14 minit pada suhu 200°C. Selain itu, ia juga disahkan Halal, menjadikannya pilihan snek yang inklusif buat semua, pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Dengan semakin ramai rakyat Malaysia menggemari pickleball yang menggabungkan pergerakan, keseronokan, semangat komuniti dan persaingan, First Pride’s Chicken Bites membawa rasa yang menyerlah dan nikmat bersaiz mini ke dalam pelbagai momen harian anda. Sama ada menonton filem kegemaran, menghiburkan tetamu di rumah, atau memulihkan tenaga selepas senaman, Chicken Bites ini adalah snek ideal yang lazat dan tinggi protein.
“Dicipta untuk memuaskan pengidaman anda, First Pride’s Chicken Bites kaya dengan rasa, mudah dinikmati dan bersaiz ideal, sesuai dimakan sendiri atau bersama rakan,” kata Pengarah Pemasaran Tyson Foods Malaysia, Freddie Wong. “Daripada sesi pickleball hingga malam untuk menonton filem, inilah jenis snek yang akan anda capai berulang kali. Dengan perisa menarik seperti Spicy BBQ dan Seaweed, kami ingin menambah kelazatan ke dalam setiap momen anda, tidak kira anda mengidamkan snek cepat atau merancang untuk sesuatu jamuan.”
Pelancaran produk ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran personaliti popular dan penyokong tegar pickleball, Cik Manggis, bersama pasukan EpicKL – komuniti yang diterajuinya yang mempersembahkan perlawanan pameran yang menghiburkan dan penuh semangat di gelanggang. Kehadiran mereka menyerlahkan lagi populariti sukan ini serta semangat komuniti yang memacu landskap pickleball di Malaysia.
Daripada perlawanan di gelanggang ke pertemuan dengan insan tersayang, First Pride Chicken Bites adalah cara lazat untuk memulihkan tenaga dan mengeratkan hubungan. Tidak kira apa jua acara, First Pride’s Chicken Bites menyatukan orang ramai sebagai snek yang lazat dan serasi dengan sebarang gaya hidup.
Menambah lagi keterujaan, First Pride akan menjalinkan kerjasama bersama 91 Bistro dan 91 Kopidim di 91 Sports Arena memperkenalkan pengalaman baharu untuk para pemain dan pengunjung yang mencari snek ringkas tetapi mengenyangkan. Sama ada anda berehat seketika antara perlawanan atau perlukan tenaga tambahan sebelum kembali ke gelanggang, Chicken Bites daripada First Pride sedia menemani anda dengan keenakan rangup yang memuaskan. Saksikan kolaborasi menarik ini tidak lama lagi dan nikmati hidangan ringan yang melengkapkan gaya hidup aktif anda.
First Pride Chicken Bites kini boleh didapati di peruncit utama terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, dan bersedia menetapkan piawaian baharu dalam dunia snek! Dengan rasa yang berani, saiz yang ideal, dan kerangupan tiada bandingan, jom menikmati snek untuk juara ini! Tidak kira di gelanggang atau di sofa, keenakan ini pasti buat anda ingin menikmatinya berulang kali.
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman rasmi First Pride Malaysia di Instagram dan Facebook.