Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gabungan Dua Tokoh Menteri Besar Mampu Pacu Ekonomi Perak
Gambar: Bernama

Gabungan Dua Tokoh Menteri Besar Mampu Pacu Ekonomi Perak

Iqbal Yasir

IPOH, 22 Nov (Bernama) — Gabungan dua tokoh politik negeri yang pernah menjadi Menteri Besar mampu melicinkan pentadbiran kerajaan yang baru dibentuk, selain dapat memajukan ekonomi demi manfaat rakyat.

Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakuliti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Ishak Saat berkata rakyat kini ingin melihat impak kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu kepada pentadbiran negeri.

Katanya, magis Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak untuk penggal baharu semalam dan bekas menteri besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah hari ini sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) untuk memakmurkan Perak sememangnya dinantikan rakyat.

PH dan BN bersetuju menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri selepas masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.

“Secara peribadi, kedua-dua buah parti itu merupakan gabungan yang adil kerana kita mempunyai dua orang yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri yang mana kombinasi mereka amat baik kepada negeri Perak.

“Apa yang paling penting adalah kerjasama dalam memberi keutamaan kepada negeri daripada kepentingan politik masing-masing kerana dari segi pemilikan kerusi, BN dapat sembilan kerusi itu sudah cukup baik bagi saya, lebih-lebih lagi apabila parti itu ditawarkan jawatan MB dan Speaker. Terdapat semak dan imbang di situ,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata barisan kepimpinan yang telah dilantik perlu memberi perkhidmatan terbaik dan meletakkan kepentingan negeri sebagai keutamaan.

“Berilah keutamaan kepada negeri daripada kepentingan parti sendiri. Bagi mendapatkan kepuasan sesebuah parti adalah mustahil kerana rakyat telah pun membuat keputusan begini iaitu tiada satu pun yang memperolehi majoriti,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan (UKM) Jamaie Jamil berkata PH dilihat mementingkan perjalanan dan kestabilan politik negeri itu selain tidak berminat untuk bermain politik.

“Kita boleh lihat tiada isu politik di negeri itu di mana PH berbesar hati demi kestabilan politik dan ia bukan perkara yang baharu bagi mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata PH memberi kepercayaan kepada Saarani yang pernah memegang jawatan MB dan terus memberi sokongan kepada beliau untuk meneruskan pentadbiran atau kerja yang masih tidak selesai di negeri itu.

Nizar yang juga ADUN Sungai Rapat antara 10 ADUN yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah hari ini.

Mereka merupakan tiga ADUN BN daripada UMNO manakala PH diwakili empat daripada DAP, dua PKR dan seorang daripada Amanah.

DUN Perak kini terdiri daripada 26 ADUN PN, 24 ADUN PH dan sembilan ADUN BN.

Sumber: BERNAMA