Bagi insan yang mempunyai haiwan peliharaan, sudah semestinya haiwan tersebut telah dianggap sebahagian daripada keluarga. Lebih-lebih lagi jika haiwan peliharaan itu telah dijaga sejak daripada kecil lagi.
Namun, pasti perasaan sayu dialami apabila haiwan peliharaan yang telah kita jaga sejak daripada kecil meninggal dunia di depan mata kita.
Kejadian yang amat sedih itu dialami oleh seorang pengguna Facebook iaitu Halimatun Misa Saadiah yang kematian kucing peliharaannya baru-baru ini.
Kehilangan kucing yang dipanggil Kaka amat dirasai oleh seluruh ahli keluarganya. Apa yang lebih memilukan, kucing itu meninggal dunia kerana dipercayai telah diracun.

Sumber: Halimatun Misa Saadiah