Dalam proses menurunkan berat badan, setiap orang perlu mempunyai kesabaran serta tahap konsistensi yang tinggi.
Bukan mudah untuk melakukannya kerana pastinya akan terdapat banyak ‘halangan’ yang perlu dilalui.
Jangan risau, kerana banyak tips serta amalan diet yang boleh diikuti dan dilakukan oleh anda mengikut kemampuan diri.
Salah satu tips yang anda boleh amalkan adalah yang dikongsikan oleh Izzah Hazwani ini.
Menerusi ciapannya di Twitter, Izzah berjaya menurunkan berat badan dari 55 kilogram ke 45 kilogram dalam masa 2 bulan.
Berat badan tersebut mampu dicapai hasil usaha yang dilakukan dan diamalkan olehnya terutama dalam aspek pemakanan.
Dihubungi SK, Izzah berkata bahawa dia tidak mengamalkan diet yang strict kerana takut tertekan.
Tambahnya lagi, dia juga sememangnya mengamalkan minum air masak yang banyak iaitu sekurang-kurangnya tiga liter serta minum teh hijau dan air limau suam tanpa gula.
Semoga perkongsiaan ini boleh memberi inspirasi serta rujukan kepada anda untuk menurunkan berat badan.
Sumber: Izzahhazwaniii
BACA: ‘Style’, Kualiti Hi-Fi & Sekat Bunyi Luaran, HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II & ‘Headphones’ HUAWEI FreeBuds Studio Mula Berada Di Pasaran Hari Ini