Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027 – PM Anwar

Gaji minimum
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar gaji minimum negara akan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 berkuat kuasa mulai Jun 2027.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi merapatkan jurang produktiviti dan upah pekerja, selain menangani tekanan kos sara hidup susulan kenaikan harga barangan.

Bagaimanapun, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberi ruang kepada mereka menyesuaikan model perniagaan.

Menurut Anwar, pelaksanaan kadar gaji minimum baharu itu akan melibatkan lebih empat juta pekerja.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Intipati
  • Gaji minimum negara akan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027.
  • Anwar berkata langkah itu bertujuan merapatkan jurang produktiviti dan upah pekerja.
  • PMKS dengan hasil jualan bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar baharu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan