Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Gambar) Ibarat ‘Nyawa’ Baru, Foto Anak Pokok Bercambah Dari Arang Hutan Terbakar Australia

Kredit: Murray Lowe
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kebakaran yang melanda Australia sejak September pastinya meninggalkan kesan yang besar buat penduduk tempatan serta warga dunia secara langsung mahupun tidak langsung.

Namun di sebalik mendung, ada hujan. Di sebalik gelap, ada harapan. Seorang jurugambar tempatan berkongsi beberapa keping gambar tumbuhan yang mula bercambah dari pokok yang telah menjadi arang selepas kebakaran.

Gambar yang diambil di Kulnura, Central Coast itu bagaikan menawarkan semula harapan buat mangsa kebakaran. Kiriman Murray mendapat lebih 28 ribu tanda suka dan 42 ribu perkongsian.

Kecantikan tumbuhan yang mula bercambah itu membuatkan netizen terpesona dengan kejadian alam yang indah.

Keajaiban semulajadi

Kecantikan subur dari abu

Pernah temui keadaan yang sama di kawasan kebakaran

Abu jadi baja

Ini bermakna api tidak merosakkan segalanya. Pokok terbakar di luar, namun di dalam masih baik.

Flora kita bagaikan Phoenix, sedih tapi sangat indah.

Sumber: Murray Lowe