Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
apa yang berlaku gangguan it
Kredit: AFP
Tiada Kategori

Gangguan IT: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Semalam? Ini Penjelasannya

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Gangguan IT: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Semalam? Ini Penjelasannya

Dunia semalam digemparkan dengan insiden gangguan perkhidmatan teknologi dan maklumat yang menjejaskan sebahagian pengguna peranti Windows Microsoft.

Menurut laporan media, gangguan berkenaan dipercayai berpunca daripada satu kemas kini perisian keselamatan yang dibekalkan oleh firma keselamatan siber terkemuka, Crowdstrike.

Gangguan yang berlaku menyebabkan banyak perkhidmatan di serata dunia terjejas, antaranya bursa saham, restoran makanan segera, syarikat pengangkutan dan juga syarikat penerbangan.

Mereka yang terjejas berdepan dengan situasi Blue Screen of Death (BSOD), dimana ia sistem operasi Windows pada peranti menjadi lumpuh dan skrin menjadi biru.

Dalam tempoh berkenaan, mereka tidak dapat mengakses peranti tersebut dan paparan restart yang memakan masa yang lama untuk selesai akan timbul pada skrin.

Walaupun isu berkenaan berlaku di secara global, namun masih ada yang sebenarnya belum memahami apa yang sebenarnya terjadi.

Gangguan IT semalam, apa yang sebernanya berlaku?

Seorang pengguna platform X yang sering muat naik info berkenaan keselamatan siber kemudian tampil berkongsi beberapa maklumat yang dapat menjelaskan situasi yang berlaku semalam.

Untuk itu, Firdaus Juhari (@terpalingcyber) terlebih dahulu berkongsi latar belakang Crowdstrike sebelum bercerita lebih lanjut.

Katanya, CrowdStrike merupakan salah satu jenama perisian Endpoint Detection and Response (EDR) terkemuka di dunia.

Apa sebenarnya EDR ini? Dalam bahasa mudahnya, EDR ini juga boleh disebut sebagai anti-virus.

Namun yang menariknya, Firdaus memaklumkan Microsoft sendiri adalah salah satu pesaing terdekat kepada Crowdstrike.

“Crowdstrike ini jenama top tier la untuk perisian EDR. Kalau kereta kira (macam) Ferrari la, kalau jenama sukan, kira (macam) Nike,” katanya.

Oleh kerana kualiti dan servis yang ditawarkan, Crowdstrike menjadi perisian anti-virus yang sering dipilih syarikat-syarikat besar.

“Produk mereka memang 100 peratus cloud dan mereka adalah produk EDR pertama berasaskan cloud. Sebab itu mereka istimewa.

“Maksudnya, untuk guna produk mereka, syarikat anda tak perlu nak pasang server ke apa. Pasang dalam komputer/server, terus jalan.

“Kemas kini perisian pula mereka uruskan untuk anda di belakang tabir,” katanya lagi.

Berbalik kepada persoalan utama, apa yang sebenarnya berlaku semalam?

Menurut Firdaus, apa yang berlalu semalam berpunca daripada satu kemas kini perisian yang dihantar oleh Crowdstrike.

“Crowdstrike hantar kemas kini perisian ke semua komputer, tablet, server yang guna sistem operasi Microsoft di seluruh dunia.

“Tetapi kemas kini itu ‘rosak’ menyebabkan sistem operasi Microsoft jammed.

“Situasi ini sama seperti anda mahu kemas kini iPhone, belum habis install iPhone terus mati. Cumanya dalam kes ini komputer/tablet/server tak mati, tetapi dia keluar skrin biru dan jammed di situ,” katanya.

Namun menurut Firdaus, isu ini menjadi besar kerana bukan hanya setakat komputer atau tablet yang menggunakan sistem operasi Microsoft sahaja terjejas.

Malah turut terpalit adalah pangkalan data yang menggunakan sistem operasi yang sama.

“Bayangkan sistem penting macam perbankan tiba-tiba dilanda masalah begini. Apabila server jammed, macam mana nak proses transaksi anda kan?

“Ini memang betul-betul kes patah kaki,” ujarnya lagi.

Microsoft dikatakan hanya ‘mangsa keadaan’

Dalam pada itu, Firdaus memberitahu situasi getir juga mungkin akan berlaku apabila mahu menyelesaikan masalah ini.

“Yang jadi masalah besar lagi setakat ini adalah anda kena pergi ke satu-satu komputer, tablet atau server untuk betulkan keadaan ini. Tak boleh tekan satu butang dan betulkan serentak.

“Kalau satu dua komputer/tablet/server boleh layan tapi bayangkan anda ada 100 malah 1000 servers, macam mana?

“Tapi pakar-pakar patching mungkin akan ada cara untuk selesaikan krisis begini,” kata Firdaus.

Bagaimanapun menurut Firdaus, setakat ini tidak dapat dipastikan berapa lama masa yang diperlukan sebelum isu ini dapat ditangani sepenuhnya.

BACA: Gangguan IT Landa Dunia, Banyak Syarikat & Penerbangan Terjejas

Sumber: Firdaus Juhari