Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gara-Gara Nak Ukur Berapa ‘Panjang’, Wayar Kabel USB Tersekat Dalam Zakar Remaja

Gambar: Daily Mail

Seorang remaja 15 tahun di London terpaksa menjalani pembedahan apabila sebuah kabel USB didakwa tersumbat di dalam lubang zakarnya.

Remaja yang tidak dikenali itu mendakwa, tujuan dia memasukkan kabel tersebut sebelum itu adalah untuk mengukur panjang alat kelaminnya.

Bagaimanapun ‘eksperimen’ itu gagal apabila kedua-dua penyambung kabel USB berkenaan tersekat dalam saluran dan tidak boleh dikeluarkan semula.

Pada awalnya, dia cuba mengeluarkannya sendiri namun keadaan menjadi berisiko apabila air kencing yang dikeluarkannya mengandungi darah.

Dia dikejarkan ke Hospital Kolej Universiti London untuk menjalani ujian X-ray, sebelum keputusan mendapati zakarnya terpaksa dibedah.

Difahamkan, doktor bedah terpaksa memotong sebahagian panjang otot bulbospongiosus, iaitu kawasan antara zakar dan lubang dubur.

Setelah bahagian sulit itu dibedah dan zakarnya terbuka, akhirnya kabel USB yang bersimpul di dalam saluran tersebut berjaya dikeluarkan.

Remaja malang itu dilaporkan selamat dan tiada komplikasi kesihatan yang dialami sebelum dia dibenarkan discaj pada keeosokan harinya.

Bagaimanapun dua minggu kemudian, hasil siasatan lanjutan mendapati, kemasukan kabel USB tersebut pada lubang zakarnya bukanlah kali pertama yang terjadi.

Sebaliknya doktor menjelaskan, berdasarkan kesan koyakan pada lubang zakar, dipercayai terdapat pelbagai lagi alatan lain yang pernah dimasukkannya seperti pin, wayar besi dan kulit kacang pistachio.

Dakwa doktor, antara punca remaja itu sanggup berbuat demikian adalah kerana rasa ingin tahu tentang seksual, amalan seksual selepas mabuk dan gangguan mental.

Sumber: Daily Mail