Bercakap soal perkhidmatan penerbangan, yang sering diberi perhatian adalan bayaran bagasi yang akan dikenakan.
Terdapat peruntukan had bagasi berdaftar secara percuma mahupun berbayar yang diberikan oleh syarikat penerbangan.
Namun, ada juga segelintir pengguna yang tidak sanggup kerana bayaran yang dikenakan agak mahal atau melebihi bajet yang telah diperuntukkan.
Menerusi artikel Global Times, gara-gara enggan membayar caj perkhidmatan bagasi yang mahal untuk sekotak limau, sekumpulan lelaki sanggup memakan kesemua 160 biji limau tersebut.
Menurut Global Times, pemuda yang bernama Wang dan tiga lagi rakannya yang lain membeli limau seberat 30 kg itu sewaktu dalam trip perniagaannya di daerah Kunming dengan harga RM32.23.
“Kami hanya berdiri dan menghabiskan semua limau tersebut, ia mengambil masa selama 20 hingga 30 minit untuk kami selesaikannya.
“Kami dah tak mahu makan limau lagi,” katanya.
Sumber: Global Times