Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Berkekuatan 6.0 Skala Richter Dilapor ‘Gegarkan’ Olimpik Tokyo

Gambar hiasan. (Kredit: The Independent)

Satu gempa bumi berkekuatan 6 skala richter dilaporkan berlaku di pantai Jepun awal pagi tadi, menyebabkan gegaran yang boleh dirasai orang ramai di Olimpik Tokyo.

Menurut The Independent, memetik Agensi Meteorologi Jepun, pusat gempa yang berlaku sekitar 5.30 pagi waktu tempatan itu dicatatkan sekitar 40 kilometer daripada daratan. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan fenomena tersebut.

Tambah portal itu, gempa pertama berlaku pada kedalaman enam batu (sekitar 9.66 kilometer) di dalam laut berhampiran bandar Hasaki yang terletak kira-kira 120.7 km dari Tokyo.

Pun begitu, gempa yang berlangsung selama kira-kira 3 minit 20 saat itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan, tulis portal itu.

Kejadian itu berjaya dirakam wartawan Australia, Mark Beretta yang sedang membuat siaran langsung daripada menara siaran sementara.

“Selamat kembali ke bandar Olimpik di mana kita sedang mengalami gegaran gempa bumi,” katanya.

“Bumbung di atas sedang bergerak dan anda mungkin perasan lampu dan kamera kami juga bergerak,” tambahnya.

Negara yang terletak di atas plat tektonik yang saling bertumpu itu dikatakan mempunyai fasiliti dengan teknologi perlindungan daripada gempa bumi. Antaranya arena bola tampar Ariake dilaporkan dilengkapi kusyen getah gergasi bagi menghadkan kerosakan akibat gempa bumi.

Sumber: The Independent, Twitter