Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Utara Laut Maluku, Indonesia Pagi Tadi

Gambar Via BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 7 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 132 kilometer (km) timur dari Bitung, Indonesia dengan kedalaman 83km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA