Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Bermagnitud 5.9 Gegar Pulau Jawa, Indonesia Sebentar Tadi

Gambar: MET Malaysia

Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher dikesan di Jawa, Indonesia pada pukul 3 petang tadi.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di 8.8 darjah selatan dan 112.5 darjah timur dengan kedalaman 91 kilometer, serta sejauh 80 kilometer selatan dari wilayah Blitar.

Informasi ini dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi menerusi satu ciapan di laman Twitter pada pukul 3.23 petang hari ini.

Bagaimanapun difahamkan tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Sumber: MET Malaysia