Gempa Bumi Kuat 7.0 Magnitud Gegar Mindanao, Filipina
Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan menggegar di Mindanao, Filipina pada pukul kira-kira 4.14 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi yang berlaku berkekuatan magnitud 7.0.
Tambah MetMalaysia, pusat gempa bumi itu berlaku di 5.7° U dan 125.2° T dengan kedalaman 71 km dan 102km Tenggara dari Koronadal City,Filipina.
Bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dilaporkan berlaku susulan gempa kuat tersebut.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Sumber: X/MetMalaysia
