Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menurut USGS, gempa bumi tersebut telah berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 200 kilometer daripada tenggara Neiafu, sebuah bandar yang terletak pada kepulauan Pasifik.
Bacaan awal gempa dilaporkan pada kekuatan 7.1 magnitud sebelum ia disemak semula dan bacaan baharu menunjukkan gempa berkenaan berkekuatan 7.3 magnitud.
Gempa susulan dengan kekuatan lebih rendah pada 5.1 magnitud dilaporkan turut berlaku di lokasi yang sama.
Dalam pada itu, Pusat Amaran Gempa Buni Pasifik berkata, amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa itu telah ditarik balik kira-kita 1:30 pagi (waktu tempatan).
Pusat Perkhidmatan Meteorologi Tonga sebelum ini menerusi hantaran media sosial turut menggesa orang ramai di pulau tersebut agar kekal berada bertenang dan berpindah ke lokasi yang lebih tinggi selain mendapatkan perkembangan terkini menerusi saluran radio.
Badan itu juga mengarahkan para pelayar yang berada di laut berdekatan untuk menjauhi pusat gegaran sebagai langkah keselamatan.
Sumber: AFP