Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.3 Skala Richter ‘Goncang’ Sempadan Tajikistan-Xinjiang

Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan rantau sempadan Tajikistan-Xinjiang, awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa yang berlaku pada 1.01 pagi itu, berpusat di 394 kilometer (km) timur laut dari Taloqan, Afghanistan pada kedalaman 86km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Bernama / Jabatan Meteorologi Malaysia