Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.3 Skala Richter Di Maluku, Indonesia

Gambar: Info Gempa & Tsunami

JAKARTA, 6 Mei (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 Skala Richter, menggegarkan kawasan barat laut kepulauan Maluku, Indonesia.

Iklan

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku jam 8.53 malam waktu Indonesia barat, berpusat di 180 kilometer (km) barat laut Maluku Tenggara, di kedalaman 133km di Laut Banda.

BMKG menyatakan gempa itu tidak berpotensi berlakunya tsunami.

Setakat ini belum diketahui impak gempa itu, di kawasan kepulauan berkenaan.

Menerusi laporan Bernama yang lain, terdapat juga gempa bumi kuat yang melanda kepulauan Tanimbar di Indonesia. Gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter itu dilaporkan pada pukul 9.53 malam ini.

Sumber: Bernama