Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Sederhana Gegar Laut Seram, Indonesia

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter menggegarkan Laut Seram, Indonesia pada 10.42 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku di kedudukan 134 kilometer (km) barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 29 km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA