Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Johor pada jam 4.24 pagi tadi.
Gempa 3.4 magnitud itu berpusat di 2.7° Utara dan 102.9° Timur pada kedalaman 10 kilometer dan 22km Timur Laut dari Segamat.
Gegaran itu hanya dirasai di Johor
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.
MetMalaysia juga memohon kepada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu mengisi borang soal selidik di sini: https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7.
Sumber: Malaysian Meteorological Department