Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Kuat Melanda Kepulauan Loyalty

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada 4.57 pagi itu berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 km.

Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA