Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, OFFLINE 16 telah berkembang daripada satu cabaran detoks digital kepada antara gerakan kesejahteraan mental berteraskan ESG yang terkemuka di rantau ini. Inisiatif yang diterajui bersama oleh VitaHealth Malaysia ("VitaHealth") dan Tropicana Corporation Berhad ("Tropicana" atau "Kumpulan") ini menggalakkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan peranti digital dan kembali membina hubungan yang lebih bermakna dengan diri sendiri, orang sekeliling serta komuniti melalui pelbagai pengalaman luar talian.
Sehingga kini, OFFLINE 16 berjaya melibatkan lebih 1,905 peserta dari Malaysia dan Singapura, merekodkan jumlah terkumpul 54 jam aktiviti luar talian serta menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records. Pencapaian ini mencerminkan peningkatan permintaan terhadap inisiatif kesejahteraan mental yang berasaskan komuniti.
Memasuki tahun ketiga penganjurannya, acara utama OFFLINE 16: Dance & Busking Festival telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 12 Julai 2026 di Tropicana Golf & Country Resort (TGCR), dengan penyertaan lebih 260 peserta yang memeriahkan program melalui pelbagai aktiviti muzik, tarian dan penglibatan komuniti.
Festival ini dianjurkan bersama oleh jenama suplemen milik Australia, VitaHealth, dan pembina komuniti, Tropicana, dengan sokongan rakan peruncit utama, Watsons. Program ini meraikan muzik dan tarian sebagai medium universal untuk mengekspresikan diri, sekali gus menggalakkan peserta meninggalkan seketika skrin digital, menikmati setiap detik yang dilalui serta membina hubungan sesama insan yang lebih bermakna.
Ketika isu kebergantungan terhadap teknologi digital, buli siber, penipuan dalam talian dan kebimbangan berkaitan kesihatan mental terus meningkat, OFFLINE 16 membuktikan bagaimana sektor korporat mampu melengkapkan usaha negara dengan menyediakan platform berasaskan komuniti yang mudah diakses bagi menggalakkan amalan penjagaan kesihatan mental secara pencegahan, di samping mengukuhkan hubungan sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif Vita Life Sciences (Malaysia & Singapura) serta Pengasas OFFLINE 16, Dr. KS Beh berkata:
"Di VitaHealth, kami berpandukan janji jenama 'Healthy Life, Happy Vibes'. Dengan hampir 80 tahun pengalaman sebagai jenama nutrisi yang dipercayai, kami komited bukan sahaja dalam menyediakan suplemen berkualiti, malah menerajui pelbagai inisiatif bermakna yang menginspirasikan gaya hidup lebih sihat dan lebih bahagia. Apa yang bermula sebagai satu cabaran mudah untuk menggalakkan orang ramai meletakkan telefon mereka dan kembali menikmati kehidupan kini berkembang menjadi satu gerakan kesejahteraan mental yang lebih menyeluruh, selaras dengan komitmen ESG kami.
Hari ini, OFFLINE 16 bukan sekadar mengenai berada di luar talian. Ia turut menggalakkan penjagaan diri, pembentukan tabiat sihat, kekal aktif dan menjadikan kesejahteraan sebahagian daripada rutin harian. Matlamat kami adalah untuk membina komuniti 'Offliners' yang dapat meluangkan masa daripada kesibukan harian, berhubung secara bersemuka dan menikmati pengalaman hadir sepenuhnya pada setiap detik. Kami berharap setiap peserta pulang dengan perspektif baharu, amalan hidup yang lebih sihat serta perubahan positif yang berpanjangan selepas program ini."
Pengarah Program Tropicana Foundation merangkap Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat Kumpulan dan ESG Tropicana, Serena Lim berkata:
"Ini merupakan tahun ketiga kerjasama kami bersama VitaHealth dan perjalanan ini sememangnya amat bermakna. Daripada mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sehingga berjaya memberi inspirasi kepada hampir 2,000 peserta di seluruh negara, impaknya jauh melangkaui angka penyertaan. Apa yang lebih penting ialah perubahan minda ke arah gaya hidup yang lebih sihat, kurang bergantung kepada peranti digital serta mengeratkan hubungan sesama insan.
Menyedari keserasian yang kukuh antara OFFLINE 16 dengan komitmen ESG Tropicana sebagai pembina komuniti, kami berbangga untuk terus menyokong gerakan ini. Matlamat kami bukan sekadar membangunkan kediaman, tetapi membina komuniti yang lebih sihat, saling berhubung dan berdaya tahan agar individu serta keluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
Berteraskan tiga tonggak ESG kami iaitu People, Planet dan Partnership, OFFLINE 16 mencerminkan komitmen Tropicana dalam mewujudkan pembangunan yang bermakna, memperkukuh komuniti serta membina kerjasama strategik yang mampu memberi impak sosial positif secara berterusan."
Sepanjang festival yang berlangsung selama lapan jam itu, para peserta menikmati pelbagai aktiviti luar talian yang direka khas untuk membantu mereka berehat daripada penggunaan peranti digital, menyegarkan minda dan mengeratkan hubungan melalui pergerakan fizikal, muzik serta interaksi bersemuka. Antara aktiviti yang disediakan termasuk bengkel dan persembahan tarian, Zumba, Piloxing, persembahan busking secara langsung, bengkel kitar semula, zon kesejahteraan, hab kesejahteraan mental serta pelbagai permainan interaktif yang menggalakkan peserta menikmati setiap detik yang dilalui.
Selain itu, para peserta turut menerima cenderahati eksklusif bernilai lebih RM300, hidangan sihat, lencana penamat, sijil penyertaan digital (e-certificate), perlindungan insurans GPA serta peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM15,000. Kesemua ini menjadikan festival tersebut sebagai satu sambutan yang menggabungkan kesejahteraan, semangat komuniti dan hubungan sesama insan yang lebih tulen.
Penganjuran tahun ini turut mendapat sokongan rakan peruncit utama, Watsons, bersama rakan strategik lain termasuk Malaysian Mental Health Association (MMHA), Team Namja, Malaysian Buskers, Precious Plastic Malaysia, Sekret Studio, Ceradan, Dermally, Watsons Collection, Herbs of Gold, HealthLand Family Wellness Centre, T Privilege, Tropicana Golf & Country Resort, Tropicana Foundation, D Swim Academy, Dododots dan pelbagai lagi organisasi.
Berbekalkan momentum yang dibina sepanjang tiga tahun lalu, VitaHealth dan Tropicana akan terus memperluaskan gerakan OFFLINE 16 menerusi pengalaman kesejahteraan baharu serta kerjasama strategik bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, mengukuhkan hubungan sesama insan dan mengutamakan kesejahteraan mental.






Bermula dengan acara sulung selama 16 jam yang mencipta rekod pada tahun 2024, OFFLINE 16 kini berkembang menjadi siri program bertemakan kesejahteraan yang lebih mudah disertai dan mengetengahkan pelbagai aspek penjagaan minda serta kesejahteraan diri. Sehingga kini, OFFLINE 16 telah merekodkan sebanyak 54 jam aktiviti luar talian menerusi 10 program yang berjaya menghimpunkan 1,905 peserta, seperti berikut:
17 Ogos 2024 | 8.00 pagi – 12.00 tengah malam | 300 peserta
OFFLINE 16 edisi sulung yang mencipta rekod di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.
29 Disember 2024 | 10.00 pagi – 2.00 petang | 100 peserta
OFFLINE 16 Jingle Smash di Hyprground, Selangor.
4 Mei 2025 | 10.00 pagi – 3.00 petang | 200 peserta
OFFLINE 16 Pickleball Challenge di GOAT Pickle Club, Pulau Pinang.
21 Jun 2025 | 9.00 pagi – 1.00 petang | 300 peserta
OFFLINE 16 Nature's Retreat di FRIM, Kepong.
28 Jun 2025 | 7.30 pagi – 9.30 pagi | 50 peserta
OFFLINE 16 Beach Cleanup di Pantai Tanjung Aru, Sabah.
26 Julai 2025 | 6.00 petang – 10.00 malam | 60 peserta
OFFLINE 16 Pickleball Challenge di Performance Pickleball, Singapura.
16 Ogos 2025 | 11.00 pagi – 6.00 petang | 310 peserta
OFFLINE 16 Pickleball Challenge di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.
1 November 2025 | 7.00 pagi – 12.00 tengah hari | 300 peserta
OFFLINE 16 Coffee Rave + Halloween Fun Walk di Galeri Hartanah Tropicana Metropark, Subang Jaya.
6 Jun 2026 | 11.00 pagi – 12.00 tengah hari | 25 peserta
OFFLINE 16 CrossFit Workout di COR3, Kota Damansara.
12 Julai 2026 | 9.00 pagi – 5.00 petang | 260 peserta
OFFLINE 16 Dance & Busking Festival di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.
OFFLINE 16 terus membuktikan bahawa kadangkala bentuk penjagaan diri yang paling bermakna adalah dengan memutuskan hubungan seketika daripada dunia digital untuk kembali membina hubungan dengan diri sendiri dan orang di sekeliling.
Gerakan ini akan diteruskan ke Pulau Pinang menerusi lebih banyak pengalaman luar talian yang bermakna hasil kerjasama VitaHealth dan Tropicana bagi menginspirasikan gaya hidup lebih sihat serta komuniti yang lebih kukuh. Ikuti @vitahealthmy dan @tropicanacorpbhd di media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai program akan datang. Jumpa anda nanti!