Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gip mahb parlimen
Gambar: Bernama

GIP Dipilih Susulan Setuju Kekal Lantik Rakyat Malaysia Sebagai Pengerusi, CEO MAHB – PM Anwar

Azizah Najib

GIP Dipilih Susulan Setuju Kekal Lantik Rakyat Malaysia Sebagai Pengerusi, CEO MAHB – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Global Infrastructure Partners (GIP) dipilih berikutan persetujuan syarikat itu untuk mengekalkan pelantikan warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan pemilikan kolektif saham majoriti milik negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selain GIP, pihak lain tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Anwar, Khazanah dan KWSP menetapkan syarat ketat yang akan menyaksikan pemilikan kolektif Malaysia dalam MAHB meningkat kepada 70 peratus berbanding 41 peratus pada masa ini sebaik sahaja penstrukturan pengendali lapangan terbang itu selesai.

“Khazanah melaporkan bahawa, apabila dibuka untuk pertimbangan pengurusan, 145 syarikat yang berminat dan akhirnya lima yang layak.

“Syarikat lain yang berminat, ia mahu hak mengurus. Maknanya CEO rakyatnya atau ia yang tentukan. Syarat ini tidak diterima (oleh Khazanah dan KWSP). Itulah sebabnya mengapa GIP diambil,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

BACA: Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ambil Kira Konsep Rekaan Terkini

Anwar menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN- Machang) yang ingin tahu mengenai merit pemilihan GIP dalam membantu pengembangan MAHB.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu mengenai keputusan penjualan saham MAHB kepada GIP, Anwar berkata soal penjualan itu tidak berbangkit memandangkan pemilikan majoriti saham kekal milik pemain negara.

“Ini berbeza dengan naratif di luar. Naratif di luar seolah-olah penjualan tetapi tidak. Selama ini, syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan inilah yang diambil alih oleh GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).

“Apakah kita ada penjualan melibatkan lapangan terbang? Tidak. Ini hanya melibatkan pengurusan dan MAHB hanya syarikat yang menguruskan lapangan terbang. Lapangan terbang kekal milik kerajaan Malaysia,” kata Anwar.

Beliau juga melihat terdapat keperluan mendesak kepada pelaburan besar berjumlah RM10 bilion hasil daripada pengambilalihan saham bagi pengembangan MAHB.

BACA: Abadi Nan Jaya: Filem Kerjasama Pertama Kimo Stamboel Dan Netflix

Ini juga membolehkan Khazanah dan KWSP melabur dananya dalam sektor kritikal lain yang memerlukan penekanan.

GIP juga telah bekerjasama KWSP dan syarikat-syarikat Malaysia yang lain sejak 2012.

GIP membawa pengalaman selama beberapa dekad dalam menguruskan dan mengoperasikan lapangan terbang menerusi pelaburannya di Lapangan Terbang Sydney, Lapangan Terbang London Gatwick, Lapangan Terbang Edinburgh, Signature Aviation dan sebelum ini, Lapangan Terbang London City.

Blackrock pula mempunyai kepentingan dalam saham Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion serta RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat di Malaysia.

Sumber: Bernama

BACA: Bukan Sekadar Filem, Ipar Adalah Maut Disebut Dalam Hadis Nabi SAW