Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gotabaya Rajapaksa Bakal Kembali Semula Ke Sri Lanka Minggu Depan

Sofea
otabaya Rajapaksa Bakal Kembali Semula Ke Sri Lanka
Gambar Via Hindustan Times

Gotabaya Rajapaksa Bakal Kembali Semula Ke Sri Lanka Minggu Depan

Setelah berminggu-minggu melarikan diri, bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan bakal kembali semula ke negara itu pada 24 Ogos ini.

Memetik laporan Tamil Guardian, perkara tersebut dimaklumkan oleh bekas duta Sri Lanka, Udayanga Weeratunga.

Rajapaksa telah melarikan diri pada Julai lalu selepas protes besar-besaran diadakan oleh rakyat Sri Lanka yang tidak berpuas hati dengan krisis ekonomi negara itu.

Beliau pada mulanya dipercayai mencari perlindungan di Maldives dan seterusnya berlepas ke Singapura dan Thailand.

Pegawainya didakwa menasihatkannya supaya tidak meninggalkan hotel atas sebab keselamatan.

Sementara itu, wujudnya perdebatan di negara itu yang mendakwa bahawa kos perbelanjaan perjalanan Rajapaksa adalah hasil daripada wang kerajaan.

Bagaimanapun, Jurucakap Bersama Kabinet dan Menteri, Bandula Gunawardena memberitahu pihak media bahawa Rajapaksa berhak sepenuhnya untuk menggunakan dana awam.

“Memang benar bekas Presiden Rajapaksa menaiki pesawat peribadi untuk terbang ke Bangkok minggu lalu. Semua bekas Presiden berhak mendapat faedah dan keistimewaan tertentu mengikut undang-undang,” katanya dalam satu sidang media.

Financial Times LK melaporkan bahawa penginapan Rajapaksa di hotel Singapura sahaja didakwa bernilai sekitar Rs 65 juta (RM 3.6 juta).

Dalam pada itu, walaupun Mahkamah Agung negara tersebut memerintahkan Rajapaksa kembali dan dihadapkan ke mahkamah pada 1 Ogos namun Presiden baharu Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe menegaskan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk Rajapaksa kembali.

Terdahulu, rakyat Sri Lanka dilaporkan telah ‘menyerang’ istana presiden selepas negara itu diisytiharkan bangkrap dengan kadar inflasi yang mencecah 54.6 peratus.

BACA: Dihalang Masuk Ke Dubai, Presiden Sri Lanka Dilapor ‘Larikan Diri’ Ke Maldives

Sumber: Tamil Guardian