Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Guna Plastik Sampah Je, Ini Cara Mudah Atasi Masalah Tandas Tersumbat
Urusan bertukang di rumah sering menjadi cabaran kepada orang muda zaman kini. Membaiki paip bocor, pili air rosak, lampu tak menyala. Semua perkara ini memerlukan kemahiran pertukangan yang dahulunya ada kita pelajari dalam subjek Kemahiran Hidup.
Biarpun subjek itu tidak lagi diajar di bangku sekolah, setiap hari ada sahaja individu yang berkongsi tip dan cara mudah mengatasi masalah-masalah sebegini. Kita tinggal taip sahaja di telefon bimbit, pelbagai panduan dan petua akan muncul.
Antara kesemua masalah yang timbul di rumah, terdapat satu sahaja yang paling digeruni semua. Lubang tandas tersumbat.
Bagi tandas jenis cangkung, isu tandas tersumbat tidak sering berlaku berbanding tandas duduk. Hal ini mungkin disebabkan bentuk mangkuk tandas dan ‘perjalanan’ yang harus ditempuhi sisa buangan.
Sering kita lihat, cadangan bagi mengatasi masalah lubang tandas duduk yang tersumbat ialah dengan menggunakan pelocok. Namun, tidak semua orang sanggup menggunakan cara tersebut. Malah, ada juga kejadian malang apabila pelocok tidak dapat menyelesaikan masalah tersumbat.
Air dari lubang tandas semakin melimpah, bau semakin mencucuk. Panik dan jijik bersatu. Nak buat apa ni?
Jangan khuatir, kali ini SK nak kongsi dengan anda satu cara mudah, guna plastik sampah je. Cara ni SK jumpa dari video luar negara.
Mula-mula, angkat penutup dan alas tandas. Pastikan keliling mulut lubang tandas dan bahagian bawah alas tandas kering.
Kemudian, bentangkan plastik sampah di mulut lubang tandas. Gunakan plastik sampah besar bersaiz XL supaya lubang tandas tertutup sepenuhnya. Ingat, pastikan plastik sampah tu tebal dan tak berlubang atau koyak. Kita nak gunakan tekanan udara bagi selesaikan masalah ini. Jika plastik berlubang, tekanan udara tidak akan berlaku.
Selepas itu, turunkan alas tandas dan tegangkan plastik sampah sehingga tiada kedutan ternampak. Bila selesai, turunkan penutup tandas dan duduk di atas penutup tandas itu.
Duduk dan bangun berkali-kali seumpama tengah pam lubang tandas guna berat badan. Agak-agak dah puas hati, flush tandas tu.
Anda dah boleh buka penutup lubang tandas dan tarik plastik sampah. Masalah tandas tersumbat, selesai.
Selamat mencuba.
BACA: 10 Petua Hilangkan Bau Hanyir Lepas Siang Ikan
Sumber: Greeneskinsgaming