Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gurun Sahara Dilitupi Salji
Kredit: X @Accuweather

Gurun Sahara Dilitupi Salji

Iqbal Yasir

Gurun Sahara Dilitupi Salji

Baru-baru ini, tular satu rakaman memaparkan gurun paling tandus di dunia, Gurun Sahara dilitupi salji, lapor India Today.

Difahamkan, fenomena luar biasa itu berlaku di bahagian utara Algeria pada akhir minggu lalu, berhampiran Ain Sefra, sebuah bandar di pinggir utara Sahara.

Digelar sebagai 'pintu masuk ke Gurun', keadaan itu menyaksikan hamparan lautan pasir yang tidak berpenghujung itu dipenuhi dengan tompok-tompok putih.

Punca Fenomena Ini

Fenomena ini berlaku akibat lonjakan udara sejuk yang bergerak ke arah selatan memasuki Afrika Utara.

Sewaktu musim sejuk, jisim udara sejuk yang kuat boleh mengalir keluar dari Eropah dan rantau Mediterranean.

Pada pertengahan Januari, gelombang udara sejuk ini menyebabkan suhu di utara Algeria hampir kepada atau di bawah paras beku.

Pada masa yang sama, udara lembap dari Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean ditarik ke daratan oleh sistem cuaca musim sejuk.

Apabila udara sarat kelembapan ini bertembung dengan udara yang lebih sejuk di pinggir utara Sahara, keadaan menjadi sesuai untuk pembentukan salji.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Ain Sefra pernah dilanda salji, kawasan itu pernah dilanda salji pada tahun 1979, 2018, 2021 dan 2023.

Salji ini biasanya hanya bertahan beberapa jam atau hari sebelum cair di bawah matahari gurun.

Para saintis berpendapat bahawa kejadian ini bukan sahaja berpunca daripada faktor perubahan iklim meskipun pemanasan Artik beleh mencetuskan cuaca sedemikian di tempat yang tidak dijangka.