Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hadir Ke Kuliah Bertahun-Tahun, Kisah 'Mahasiswi Abadi' Ini Runtun Hati Ramai

Kisah 'Mahasiswi Abadi'
Kredit: Instagram Infoandalas

Hadir Ke Kuliah Bertahun-Tahun, Kisah 'Mahasiswi Abadi' Ini Runtun Hati Ramai

Bergelar seorang mahasiswa dan mahasiswi bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran dan perjuangan perlu dikorbankan bagi menamatkan pengajian.

Bagi, setiap mereka yang melanjutkan pengajian ke menara gading, pastinya menanti-nanti Istiadat Konvokesyen, hari dimana segala semua penat lelah terbayar dengan segulung kertas yang mampu mengubah kehidupan.

Namun, di sebalik hiruk-pikuk kehidupan kampus, kehadiran Ibu Dessy yang setia mengikuti kuliah di universiti di Aceh selama bertahun-tahun menjadi satu kisah sayu yang kini menyentuh hati ribuan warganet.

Bertahun-Tahun Kuliah Tanpa Konvo

Kredit: TikTok @suaifirdaus

Dengan beg galas di bahu dan semangat yang seolah-olah tidak pernah padam, dia datang ke persekitaran kampus setiap hari, berjalan di koridor, malah sesekali duduk di dalam kelas, persis seorang mahasiswi.

Namun, apa yang menyentuh hati, dia bukanlah seorang mahasiswi yang sah taraf (aktif)

Simbol Mimpi Yang Diragut, Jiwa Yang Terperangkap Pada Masa Lalu

Susuk tubuhnya cukup dikenali oleh mahasiswa dan kakitangan akademik kerana Ibu Dessy setiap kali berjalan menelesuri persekitan kampus.

Difahamkan, Ibu Dessy dahulunya merupakan seorang mahasiswi yang bijak dan bersemangat, sehinggalah perjuangan terakhirnya dalam menyiapkan tesis untuk meraih segulung ijazah di saat akhir.

Namun, ketika hampir menjejakkan kaki ke garisan penamat, berlaku satu peristiwa yang mengubah hidupnya hingga ke hari ini.

Alami Trauma, Gangguan Mental Selepas Tesis Dicuri Rakan

Kredit: Instagram Infoandalas

Menurut khabar, tesis yang dihasilkan secara susah payah olehnya dikatakan hilang, dipercayai diambil atau diplagiat oleh oleh rakannya sendiri.

Seperti direnggut pengkhianatan terhadap hasil kerja kerasnya, menyebabkan jiwa Ibu Dessy dirobek hingga meninggalkan kesan ke hari ini.

Disebabkan itu, wanita itu mengalami kemurungan dan trauma teruk, yang membuatkan seolah-olah memorinya terhenti pada momen dia bergelar seorang mahasiswi.

Kembali Ke Kelas Dimana Harapan Yang Terkubur

Sejak daripada kejadian itu, dia kembali ke kampus setiap hari di mana harapan itu bersemayam.

Berjalan menyusuri lorong-lorong yang sama, seolah-olah mencari kembali potongan mimpinya yang hilang.

Pihak Universiti Faham, Izin Datang Ke Kampus

Kredit: Instagram Infoandalas

Memahami keadaan yang menimpanya, pihak kampus memberikan izin untuk Ibu Dessy untuk tetap berada di persekitaran kampus selagi mana dia tidak mengganggu kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

Kehadirannya turut diterima baik oleh para mahasiswa dan tidak kelihatan tersisih apabila berada di dalam kelas.

Ini kerana dia jarang dilihat duduk diam di barisan belakang sesebuah kelas, sekadar mendengar pensyarah mengajar tanpa berinteraksi lebih jauh.

Baginya, kampus adalah dunianya, dan menjadi mahasiswi adalah identiti yang tidak dapat dilepaskan oleh waktu.

Kisah Ibu Dessy ini menjadi pedoman buat ramai penuntut di menara gading, yang mana betapa berharganya peluang untuk menuntut ilmu selain berdepan tekanan dan persaingan dalam dunia akademik.

Kisah ini juga turut membuka mata hati warga maya, yang turut bersimpati dengan nasib yang dialami wanita itu.

Siapa sangka, Dessy dahulunya seorang penuntut yang bijak dan bersemangat berakhir dengan takdir memilukan.

Sumber:suara.com