Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hakim Tolak Saman Fitnah US$475 Juta Trump Terhadap CNN

Iqbal Yasir
hakim tolak fitnah trump
Gambar: Bernd Von Jutrczenka/dpa

Hakim Tolak Saman Fitnah US$475 Juta Trump Terhadap CNN

MOSCOW, 30 Julai (Bernama-Sputnik) — Hakim persekutuan menolak saman fitnah US$475 juta oleh bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap CNN kerana melabel dakwaannya mengenai penipuan dalam pilihan raya sebagai “Pembohong Besar” selain mengaitkan beliau dengan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler.

“Walaupun frasa ‘Pembohong Besar’ mungkin boleh mendorong orang ramai untuk menganggap Trump ‘seperti Hitler,’ atau ‘autoritarian,’ istilah sedemikian bukanlah kenyataan yang tertakluk kepada undang-undang fitnah … kenyataan CNN walaupun tidak bersesuaian, mengikut undang-undang bukanlah fitnah,” kata Hakim Raag Singhal dalam keputusannya yang diedarkan oleh media AS.

CNN enggan mengulas mengenai keputusan itu.

BACA JUGA: Trump Didakwa Berhubung Kes Bayar Sejumlah Wang Untuk Tutup Mulut

Trump mendakwa berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya presiden 2020 di beberapa negeri AS dan merompak kemenangannya, selain mendakwa menjadi subjek kempen fitnah politik.

Pada Oktober 2022, Trump memfailkan saman terhadap CNN, mendakwa badan penyiar itu “memfitnahnya dengan membuat kenyataan membandingkannya dengan Hitler dan rejim Nazi” dan menuduhnya sebagai “Pembohong Besar

Sumber: BERNAMA