Stockholm: Sweden menafikan kritikan mengatakan negara itu seolah-olah tidak serius terhadap usaha membendung penularan wabak COVID-19 berbanding negara Eropah lain, Menteri Luarnya berkata beberapa langkah pencegahan ketat telah dilaksanakan tanpa mengenakan sekatan.
Dalam temu bual eksklusif dengan agensi berita Anadolu, Ann Linde berkata persepsi mengatakan rutin harian kehidupan rakyat Sweden berjalan seperti biasa adalah tidak betul.
“Kerajaan Sweden mengambil langkah-langkah pencegahan sangat ketat melawan COVID-19. Kerajaan menggesa orang ramai mematuhinya tanpa mengenakan larangan,” katanya.
“Sebagai contoh, kami menasihatkan orang ramai duduk di rumah pada Hari Easter. Hampir 96 peratus mematuhi arahan itu. Kerajaan bertindak dengan memberi cadangan, bukan larangan,” katanya yang turut menyambut Ramadan.
Angka korban COVID-19 di Sweden seramai 2,270 orang manakala lebih 18,700 lagi dijangkiti, menurut pihak berkuasa kesihatan.
Sumber: Bernama

