Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hampir 80 Peratus Warga KL Lengkap Dua Dos Vaksin COVID-19 – Annuar

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Hampir 80 peratus warga Kuala Lumpur telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata berdasarkan jumlah itu beliau yakin ibu negara akan mencapai imuniti kelompok seawal bulan depan.

“Sekarang, adalah masa untuk kita turun mencari mereka yang tertinggal seperti golongan miskin dan gelandangan untuk divaksin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi hari pertama Rumah Prihatin@Grand Seasons di sini hari ini.

Susulan itu, Annuar berkata satu mesyuarat akan diadakan esok bersama semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi membincangkan perancangan Kuala Lumpur setelah mencapai imuniti kelompok.

“Kita mahu berbincang dan mendapatkan pandangan mereka bagaimana mahu membuka semula Kuala Lumpur selepas berjaya mencapai imuniti kelompok nanti,” katanya.

Mengenai Rumah Prihatin@Grand Seasons, beliau berkata ia menawarkan enam komponen utama iaitu Dapur Prihatin; Food Bank; Bilik Penginapan Prihatin; Khidmat Kesihatan Mental Prihatin; Khidmat Vaksinasi Prihatin dan Pusat Gerakan Jejak Prihatin selari dengan konsep Wilayah Cakna dan Wilayah Prihatin bagi membantu rakyat secara lebih proaktif.

Sumber: BERNAMA