Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Hantaran Facebook PM Anwar Tarik Perhatian Ramai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran yang cukup ringkas di Facebook rasminya.
Lebih menarik, penjelasan beliau yang bersahaja iaitu sekadar tangkap layar "Notes" telefon, terus kepada point, tanpa karangan panjang lebar.
Dalam hantaran tersebut, Anwar menjelaskan bahawa beliau baru mengetahui ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap memetik namanya dalam satu emel yang dikaitkan dengan kes "Epstein".
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dirinya langsung tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbualan emel tersebut.
Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap 'petik' nama saya dalam emel melibatkan kes Epstein.
Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam emel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas email tu, terutama Epstein.
Apa yang lebih mencuit perhatian ialah penutup hantaran tersebut yang sangat santai.
Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru.
#DoneExplain
