Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

‘Hantu’ Pujuk Gadis Menangis Lepas Masuk Rumah Hantu, Ramai Terhibur

Sofea
hantu pujuk gadis menangis
Kredit: elviraa.elr
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

‘Hantu’ Pujuk Gadis Menangis Lepas Masuk Rumah Hantu, Ramai Terhibur

Salah satu pengalaman kolektif rakyat Malaysia yang cukup dikenali ialah memasuki rumah hantu di taman tema, pesta, atau funfair. Ia telah lama wujud sebagai daya tarikan utama setiap kali acara seperti itu berlangsung.

Kebiasaannya, ‘hantu-hantu’ di dalamnya akan mengenakan solekan menyeramkan untuk menakutkan pengunjung. Namun reaksi orang ramai berbeza-beza, ada yang tenang dan tak kurang juga yang ‘lemah semangat’.

BACA JUGA: ‘‘Kepala Tunduk & Berambut Panjang Paras Pinggang,” Pengalaman Seram Wanita Ini Di Tempat Kuarantin

Di samping itu, kadang kala ada juga momen lucu yang dapat dilihat ketika di rumah hantu itu seperti video yang tular di TikTok semalam. Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @elviraa.elr, seorang gadis dilihat menangis selepas memasuki rumah hantu di Lost World of Tambun.

Apa yang mencuri perhatian ramai ialah ‘sosok hantu’ yang tampil memujuk gadis itu, cuba menenangkannya dengan suara lembut.

“Awak okay ke, semua tipulah kat atas tu (rumah hantu), rileks-rileks,” katanya dengan nada memujuk.

Tindakannya yang prihatin dan bertolak ansur itu membuatkan ramai warganet tersentuh dan terhibur.

“Hantu people pleaser, rasa bersalah la tu buat orang nangis,” kata seorang warganet.

“Kat Lost World Tambun ke ni? Jangan risau dik, hantu-hantu dalam tu semua baik Saya sesat dalam tu, ada satu hantu tunjukkan jalan keluar,” kata seorang warganet yang berkongsi pengalaman di sana.

“Hantu pun reti pujuk,” kata seorang lagi warganet.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 2.3 juta tontonan di TikTok.

Sumber: elviraa.elr