Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harapan KKM Agar Ahli Parlimen Dipilih Rakyat Mengundi Dengan Baik, Penuh Bijaksana Demi Kebaikan Rakyat & Negara- Dr. Hisham

PUTRAJAYA, 25 Nov – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berharap agar pengundian Belanjawan 2021 akan berjalan dengan penuh berhemah.

Jelasnya, besar harapan Kementerian Kesihatan untuk melihat ahli-ahli parlimen menjalankan tanggungjawab mereka sesuai dengan situasi semasa negara yang sedang dilanda COVID-19.

“Jadi harapan KKM adalah agar ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat akan mengundi dengan baik dan penuh kebijaksanaan bagi kebaikan sejagat rakyat dan negara, di kala negara (sedang) melalui pandemik COVID-19.

“Jadi KKM yakin mereka faham dengan situasi semasa iaitu pandemik COVID-19 dan situasi kewangan negara.

“Dan kita berharap ahli-ahli parlimen akan mengundi dengan bijaksana,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai harapannya selaku Ketua Pengarah Kesihatan terhadap sesi pengundian Belanjawan 2021 yang bakal berlangsung esok hari.

Sumber: KKM